Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Langgar Polis – Pasangan Tunang Ada Rekod Jenayah Ditahan
 Langgar Polis – Pasangan Tunang Ada Rekod Jenayah Ditahan
Semasa

Langgar Polis – Pasangan Tunang Ada Rekod Jenayah Ditahan

by VOKALIS 06/02/2024 578

Pasangan tunang yang mempunyai rekod jenayah ditahan berhubung kejadian langgar lari terhadap anggota polis di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 34 tahun itu ditahan kurang daripada 24 jam selepas insiden dilaporkan berlaku.

Asisten Komisioner Yahaya Hassan

Katanya, kereta Protin Iriz yang digunakan oleh kedua-dua suspek pada hari kejadian itu turut dirampas polis.

“Bertindak atas maklumat, Polis Daerah Ipoh berjaya menangkap dua suspek berkenaan dan merampas kereta yang digunakan ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek lelaki positif dadah THC selain semakan mendapati lelaki itu memiliki 17 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan narkotik, sementara suspek perempuan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah.

Katanya, dua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini untuk permohonan reman.

Terdahulu media melaporkan kejadian langgar lari yang berlaku 7.30 malam itu mengakibatkan anggota polis berusia 34 tahun parah termasuk mengalami patah rusuk dan bahu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 26

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 30

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 39

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.