Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Dera Anak Saudara Hingga Maut – Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
 Lelaki Dera Anak Saudara Hingga Maut – Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
Semasa

Lelaki Dera Anak Saudara Hingga Maut – Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

by VOKALIS 05/02/2024 634

Lelaki yang disyaki mendera anak saudara sehingga maut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, pada 24 Januari lalu bakal berdepan hukuman gantung sampai mati.

Bapa saudara berusia 20-an terbabit akan didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hanya lelaki itu akan didakwa manakala isterinya tidak didakwa bersama.

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera suami isteri yang juga ibu bapa saudaranya.

Mangsa yang berusia 18 bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam dan kecederaan beberapa organ dalaman. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 46

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 45

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 50

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.