Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Maafkan Saya…” – Tiket Konsert Siti Nurhaliza Sold Out Dalam Masa Dua Jam! 
 “Maafkan Saya…” – Tiket Konsert Siti Nurhaliza Sold Out Dalam Masa Dua Jam! 
Selebriti Semasa Sohor

“Maafkan Saya…” – Tiket Konsert Siti Nurhaliza Sold Out Dalam Masa Dua Jam! 

by VOKALIS 21/12/2023 1033

Apa lagi yang perlu diperkatakan? Cukup perdebatan siapa yang layak menjadi penyanyi nombor satu. Hakikatnya, buah hati Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan dirinya punya pengikut tersendiri. 

Penyanyi lagu Menyapa Dunia itu memberitahu jualan tiket untuk konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil telah habis dijual dalam masa dua jam, hari ini.

Dalam hantarannya di Instagram, beliau yang lebih mesra disapa Tok Ti menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membeli tiket konsertnya.

Lebih manis, dalam nada merendah diri Siti Nurhaliza meminta maaf kepada mereka yang tidak sempat membeli tiket.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. 

“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. 

“Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya. 

Dayang Nurfaizah turut mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangannya itu atas kejayaan berkenaan. 

Menjengah di ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli tiket konsert penyanyi nombor satu negara itu. 

Malah, ada yang meminta Siti Nurhaliza menambah satu hari lagi konsert berkenaan serta diadakan di lokasi yang lebih besar. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 30

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 44

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 58

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.