Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Malaysia Tolak – Anjur Sukan Komanwel
 Malaysia Tolak – Anjur Sukan Komanwel
Semasa Stadium

Malaysia Tolak – Anjur Sukan Komanwel

by The Vokal 22/03/2024 505

Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini mengambil keputusan berkenaan selepas meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Delegasi daripada CGF bertemu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 5 Februari 2024.

Sementara itu KBS memaklumkan bahawa mereka akur kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.

Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah £100 juta (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar. Selain itu, impak ekonomi juga tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini.

Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Malaysia ditawarkan menjadi tuan rumah apabila Victoria, Australia mengambil keputusan menarik diri selepas memberikan alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AUD380 juta (RM1.17 bilion) kerana melanggar kontrak, apabila tidak dapat menganjur temasya itu mengikut jadual bermula 17-29 Mac 2026.

Daripada 74 negara dan wilayah yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) hanya England, Kanada, Australia, Wales, New Zealand, Jamaica, Scotland, India dan Malaysia (1998) pernah menganjurkan temasya itu.

CGA Malaysia akur kerajaan tolak anjur Sukan Komanwel 2026 – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 30

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 44

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 59

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.