Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Maut Dirodok Gading Gajah – Buruh Ladang Hilang Nyawa
 Maut Dirodok Gading Gajah – Buruh Ladang Hilang Nyawa
Semasa

Maut Dirodok Gading Gajah – Buruh Ladang Hilang Nyawa

by VOKALIS 13/05/2024 602

Seorang buruh ladang warganegara Bangladesh dijumpai maut dalam keadaan perutnya terburai dipercayai akibat dirodok gading seekor gajah di sebuah ladang di Kampung Om, Pos Blau, Gua Musang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa, Md. Nawsher Ali, 29, dijumpai sudah meninggal dunia di tengah-tengah laluan masuk ke ladang berkenaan.

Memetik laporan Kosmo! Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa keluar dari rumah kongsi bersama rakan-rakannya ke kawasan ladang pokok hutan spesies Albizia.

Katanya, semasa dalam perjalanan pulang dari ladang, sekumpulan warga asing itu telah terserempak dengan seekor gajah yang turun dari selekoh sebuah bukit.

“Mereka terkejut melihat gajah itu sebelum bertindak melarikan diri. Berdasarkan keterangan saksi, Md. Nawsher tidak sempat lari telah dirodok oleh gading gajah tersebut pada bahagian perutnya.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut mendapati, perut mangsa terburai akibat dirodok gading haiwan itu selain terdapat kesan tapak kaki gajah berhampirannya.

“Mayat mangsa dibawa oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 17

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 19

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.