Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Nama Rasmi – Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong
 Nama Rasmi – Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong
Semasa

Nama Rasmi – Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong

by VOKALIS 31/01/2024 596

Istana Negara memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong yang telah dikemas kini.

Penggunaan nama rasmi itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd. Alim menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, katanya nama rasmi bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim hari ini selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun.

Pada istiadat itu juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Sultan Ibrahim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober tahun lalu.

Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 107

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 20

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 17

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.