Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Nora Rujuk Lepas Sebulan Perceraian Dengan Dr Rushdi – “Manusia Hanya Merancang, Namun Tuhan Yang Menentukan…”
 Nora Rujuk Lepas Sebulan Perceraian Dengan Dr Rushdi – “Manusia Hanya Merancang, Namun Tuhan Yang Menentukan…”
Selebriti Semasa

Nora Rujuk Lepas Sebulan Perceraian Dengan Dr Rushdi – “Manusia Hanya Merancang, Namun Tuhan Yang Menentukan…”

by VOKALIS 14/09/2024 203

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).

Memetik laporan BH Online penyanyi Sandiwara dalam kiriman mesej meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.

Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.

“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya yang kini berada di Kemboja.

Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.

“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” katanya.

Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.

Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Fattah Fazura Cerai : Nafi Curang, Tak

by VOKALIS 07/10/2024 158

Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas

Selebriti Semasa

Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada

by VOKALIS 07/10/2024 170

Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang. Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura,

Selebriti Semasa

“Tiada Wanita Lain…Tanpa Ragu Saya Masih Sayangkan

by VOKALIS 14/09/2024 219

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.