Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Paralimpik 2024: Emas Sulung Malaysia Hari Ni ?
 Paralimpik 2024: Emas Sulung Malaysia Hari Ni ?
Semasa

Paralimpik 2024: Emas Sulung Malaysia Hari Ni ?

by The Vokal 02/09/2024 423

TUMPUAN peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini hari ini.

Liek Hou layak ke final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) buat kali kedua berturut-turut di pentas Paralimpik selepas mengenepikan musuh ketatnya dari Indonesia Dheva Anrimusthi 21-17, 21-17 dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena semalam.

Halangan terakhir pemain nombor satu dan pilihan utama temasya empat tahun sekali itu di sini adalah seorang lagi pemain Indonesia Suryo Nugroho yang menafikan cabaran pemain negara Muhammad Fareez Anuar 21-12, 14-21, 21-6.

Di atas kertas, Like Hou memiliki kelebihan ke atas Suryo apabila menang 13 kali dalam 17 pertemuan sebelum ini manakala Fareez yang bakal menentukan gangsa dengan Dheva pula pernah menang dua daripada enam pertembungan.

Sementara itu, Malaysia tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membutirkan pingat apabila atlet olahraga para negara Eddy Bernard menampilkan larian cemerlang merangkul gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Paris 2024.

Biarpun beraksi buat kali pertama di pentas Paralimpik, prestasi atlet berusia 23 tahun itu cukup mengagumkan dengan memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu.

Atlet Afrika Selatan Mpumelelo Mhlongo menjuarai acara tersebut dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi  milik atlet Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan masa 11.20s.

Pencapaian membanggakan atlet dari Beluran, Sabah itu, meletakkan Malaysia kembali memenangi pingat dalam acara balapan selepas lapan tahun menerusi kejayaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m lelaki T36 Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap agar kejayaan Eddy mampu menjadi inspirasi buat atlet lain dalam menyumbang pingat buat negara di pentas Paralimpik.

“ Eddy mempunyai bakat yang begitu hebat dan telah membuktikan dia mampu merangkul pingat Sungguh melegakan kami,” katanya.

Dalam pada itu, pemain boccia negara Noor Askuzaimey Mat Salim tidak berupaya memenangi pingat gangsa selepas akur dengan keunggulan pemain nombor satu dunia dari Colombia Leidy Chica Chica 7-1 di South Paris Arena 1.

Noor Askuzaimey sebelum itu dibelasah 0-7 oleh wakil Hong Kong Cheung Yeun 0-7 pada aksi separuh akhir.

Sumber: Bernama

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 34

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 87

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim

by thevokal 09/10/2025 26

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.