Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Perisma Pahang, Dr Afif ringankan beban keluarga anak OKU
 Perisma Pahang, Dr Afif ringankan beban keluarga anak OKU
DR Afif (kiri) dan Perisma Pahang akan terus berbakti kepada masyarakat.
Santai

Perisma Pahang, Dr Afif ringankan beban keluarga anak OKU

by thevokal 25/09/2025 57

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Itulah yang dapat digambarkan tentang pengorbanan suami isteri di Cameron Highlands, Pahang, yang membesarkan anak orang kurang upaya (OKU).

Muhammad Kamarul Fakhrulddin Mustafa, 31, dan isterinya Nurul Haristhah Mohamad, 31, tidak pernah mengeluh memiliki anak istimewa Muhammad Hasanal Khaleed, 11 bulan, yang menghidap penyakit Bilateral CTEV, malah sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah itu.

DR Afif (kiri) dan Perisma Pahang akan terus berbakti kepada masyarakat.

Begitu juga dengan Mohd Yazid Yusof, 55, dan isterinya Saharodah Jaafar, 50, ibu bapa kepada Ahmad Amir Amzar, 14, yang menghidap Down Sindrom serta mengalami masalah jantung dan asma.

Kamarul dan Yazid berkhidmat sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Pahang.

Untuk itu, Persatuan Suri dan Pegawai Wanita (Perisma) JBPM Pahang dan Poliklinik Al Farhain cawangan Cameron Highlands bekerjasama, terus menunjukkan komitmen dalam menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada golongan yang memerlukan.

DR Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti amal sejak tahun 2020.

Pengerusi Perisma Pahang, Datin Suraya Jusoh berkata, sumbangan yang diserahkan adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga ini.

“Walaupun jumlah bantuan ini mungkin kecil jika dilihat beban yang keluarga mereka tanggung selama ini, kami berharap ia sedikit sebanyak membawa kegembiraan kepada mereka.

“Kunjungan kami ini juga sebagai tanda kasih sayang dan ingatan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di kesempatan ini, saya juga berterima kasih kepada Dr Afif dari Pusat Rawatan Al Farhain, yang bermurah hati menaja sumbangan kali ini.

“Dalam masa yang sama, ini juga ujian Allah kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana keprihatinan kita terhadap sesama manusia.

“Kuatnya mereka hadapi dugaan ini. Semangat itu sebenarnya memberi inspirasi dan impak positif kepada kami juga,” katanya yang akan terus merangka pelbagai program kebajikan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

DATIN Suraya Jusoh mahu terus berbakti kepada golongan yang memerlukan menerusi Perisma Pahang

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan, menyertai program kebajikan bukanlah misi baharu buat pasukan mereka.

“Terima kasih kepada Perisma Pahang kerana bekerjasama dengan kami untuk memberi sumbangan kepada anak-anak OKU. Diharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Sebenarnya atas rasa tanggungjawab dan ingin memberi semula kepada masyarakat, sejak dari dulu lagi kami di Pusat Rawatan Al Farhain banyak membantu masyarakat terutamanya dalam soal perubatan.

“Kami telah lama mengambil pendekatan proaktif ini dengan memberi rawatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Misi ini bukan baharu.

“Sejak penubuhan pusat rawatan ini sekitar tahun 2020, pelbagai program kesihatan dan kemasyarakatan telah dianjurkan, semuanya dengan niat untuk berkongsi kebaikan.

“Inisiatif mereka bukan untuk menggantikan mana-mana sistem, tetapi lebih kepada menyokong dan melengkapi usaha yang sedia ada,” kongsinya.

“Kami telah lama mengambil pendekatan proaktif ini dengan memberi rawatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Misi ini bukan baharu.” – Dr Afif

Tambahnya lagi, pusat rawatan mereka mahu menjadi salah satu ‘tangan tambahan’ yang membantu meringankan beban masyarakat, terutamanya golongan kurang berkemampuan yang mungkin memerlukan alternatif lebih dekat dan pantas.

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi yang membuka matanya tentang betapa pentingnya ruang rawatan tambahan, terutama bagi mereka yang perlu dibantu segera.

Untuk info, selain di Cameron Highlands, Pusat Rawatan Al Farhain juga mempunyai banyak cawangan lain.

“Kini, kami sudah mempunyai 11 cawangan klinik di tiga negeri. Di Kelantan sahaja terdapat tujuh cawangan, sementara di Terengganu pula, terdapat satu cawangan di Jerteh, manakala di Pahang kami beroperasi di Raub dan Kuala Lipis.

“Selain klinik, kami juga mengendalikan tiga buah farmasi serta dua pusat dialisis,” jelasnya yang turut turun padang bersama pasukannya dalam menganjurkan program kesedaran kesihatan di peringkat komuniti. – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium

by thevokal 30/09/2025 245

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya

Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai

by thevokal 28/09/2025 39

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki

Santai

‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah

by thevokal 28/09/2025 30

TIDAK dinafikan, terdapat sesetengah masyarakat kita memandang remeh terhadap kepentingan seks atau hubungan intim

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.