Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Persis Ratu Emas, Siapa Sangka Busana Mewah Seberat 40KG Membaluti Tubuh Aina Abdul Bernilai RM120,000
 Persis Ratu Emas, Siapa Sangka Busana Mewah Seberat 40KG Membaluti Tubuh Aina Abdul Bernilai RM120,000
Selebriti Semasa

Persis Ratu Emas, Siapa Sangka Busana Mewah Seberat 40KG Membaluti Tubuh Aina Abdul Bernilai RM120,000

by VOKALIS 23/11/2023 368

Sabtu lalu telah berlangsungnya Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang menyaksikan hampir 10,000 penonton memenuhi setiap pelusuk Arena Axiata.

Tampil menggayakan lima persalinan eksklusif rekaan pereka tempatan, busana berkonsepkan Queen of Gold yang merupakan kostum keempatnya dikatakan menelan belanja sehingga RM120,000.

Perekanya, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu, busana yang memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan itu dibuat daripada bahan yang didapatkan dari luar negara.

“Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busanan tersebut.

“Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manis dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” kata Ezuwan.

Menurut Ezuwan lagi, pakaian itu dijahit dengan tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.

“Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin,” tambahnya.

Ezuwan yang turut mengambil kesempatan menyaksikan persembahan Aina pada malam tadi menzahirkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncuL di pentas bersama busana rekaannya.

EZUWAN ISMAIL

“Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu ini dilihat gah dipakai oleh Aina. Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya,” ujar Ezuwan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sohor

[V] Muncul Naik Lori Ke Karpet Merah

by VOKALIS 21/07/2023 221

KUALA LUMPUR – Penyanyi dengan signatur fesyen pelik, Aina Abdul muncul dengan menaiki lori

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.