Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. [V] Polis Panggil Penganjur Konsert Good Vibes 2023 Untuk Disoal Siasat Isu Kebiadaban Vokalis 1975
 [V] Polis Panggil Penganjur Konsert Good Vibes 2023 Untuk Disoal Siasat Isu Kebiadaban Vokalis 1975
Semasa Sensasi

[V] Polis Panggil Penganjur Konsert Good Vibes 2023 Untuk Disoal Siasat Isu Kebiadaban Vokalis 1975

by VOKALIS 23/07/2023 256

SEPANG – Polis akan memanggil pihak penganjur konsert kumpulan The 1975 susulan tindakan vokalisnya, Matty Healy menunjukkan perlakuan kurang sopan dalam konsert di Good Vibes Festival 2023 berlangsung di Litar Antarbangsa Sepang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak penganjur akan dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu, petang ini.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, susulan kejadian itu, pihak penganjur bertindak menghentikan persembahan kumpulan terbabit dengan segera.

“Berikutan ada penyanyi yang berkelakuan tidak senonoh (dalam konsert itu), pihak penganjur mengambil tindakan menghentikan persembahan mereka (kumpulan The 1975) dengan segera. – THE VOKAL

Sumber: HARIAN METRO

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.