Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Tahan Lelaki Tolak Kekasih – Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 23
 Polis Tahan Lelaki Tolak Kekasih – Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 23
Semasa

Polis Tahan Lelaki Tolak Kekasih – Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 23

by VOKALIS 29/02/2024 584

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek menolak seorang wanita dari tingkat 23 sebuah apartment di Setia Alam selepas berlakunya pergaduhan pada Rabu malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sekitar pukul 10.02 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

“Menurut saksi, dia terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek serta melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh di kondominium tersebut.

“Pada Rabu pukul 10.10 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Iqbal berkata mangsa yang maut adalah wanita warga Thailand berusia 32 tahun yang tidak memiliki pekerjaan.

Suspek yang berusia 37 tahun pula merupakan seorang pemandu lori.

Saringan air kencing yang dibuat mendapati suspek positif dadah jenis Canabis.

Suspek juga memiliki tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah dan akan direman pada Khamis di Mahkamah Shah Alam.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang penghuni apartment itu memuat naik video pergaduhan antara pasangan berkenaan sehingga ia tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, jelas kelihatan seorang wanita dipercayai kekasih kepada lelaki terbabit jatuh dari tingkat 23 sebelum disusuli bunyi kuat akibat terhempas di atas lantai. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 21

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 43

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 48

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.