Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Tahan Suspek Simbah Asid – Lelaki Usia 20-an Dipercayai Dalang
 Polis Tahan Suspek Simbah Asid – Lelaki Usia 20-an Dipercayai Dalang
Semasa

Polis Tahan Suspek Simbah Asid – Lelaki Usia 20-an Dipercayai Dalang

by VOKALIS 06/05/2024 940

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, di sebuah pasar raya di Kota Damansara, di sini, semalam

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Kita ada menangkap seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an. Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.

“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.

Tambah Hussein, lelaki tersebut akan direman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Beberapa saksi bebas akan dipanggil pada hari ini untuk mengambil keterangan membantu siasatan kami untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Hussein mengesahkan pihaknya menerima panggilan tentang pemain kebangsaan telah diserang dengan disimbah cecair kimia disyaki asid semasa berada di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

“Pemain itu mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan dilaporkan stabil,’ katanya lagi.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 19

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 22

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 31

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.