Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pukul Ibu 74 Sedang Tidur – Almari Kasut Jadi Punca
 Pukul Ibu 74 Sedang Tidur – Almari Kasut Jadi Punca
Semasa

Pukul Ibu 74 Sedang Tidur – Almari Kasut Jadi Punca

by VOKALIS 22/02/2024 462

Entah apa dalam pemikiran seorang anak yang sanggup memukul ibu warga emas berusia 74 tahun sedang tidur

Lelaki penganggur yang juga anak mangsa tergamak memukul ibunya dengan kunci stereng di kediaman mereka sekitar Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, aduan dibuat oleh ibu suspek yang berusia 74 tahun.

Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail

“Pada pukul 12.30 tengah malam, pengadu dipukul ketika tidur menggunakan kunci stereng sehingga menyebabkan kepala berdarah dan dua batang gigi hadapan patah.

“Anak ketiga pengadu turut ditumbuk ketika cuba meleraikan keganasan dilakukan anaknya berusia 36 tahun.

“Punca kejadian disebabkan pengadu telah meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke bilik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Februari ini,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 21

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 97

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 29

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.