Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Qatar Sah Mara – Tempah Tempat Pusingan 16 Piala Asia
 Qatar Sah Mara – Tempah Tempat Pusingan 16 Piala Asia
Semasa Stadium

Qatar Sah Mara – Tempah Tempat Pusingan 16 Piala Asia

by VOKALIS 18/01/2024 505

Qatar terus menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Piala Asia untuk mara bergaya dalam persaingan edisi kali ini.

Pasukan itu mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik apabila memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.

Seperti aksi pertama, Akram Afif terus menjadi wira buat The Maroons selepas bijak menyempurnakan lorongan dilakukan seorang lagi nadi pasukan, Almoez Ali.

Walaupun babak pertama berlangsung seimbang, tuan rumah jelas bernasib baik apabila jaringan Akram jadi pemisah buat kedua-dua pasukan untuk beri kelegaan buat pengendali Qatar, Tintin Marquez ketika menuju ke bilik persalinan.

Akram Afif

Di awal separuh masa kedua, kesilapan pemain Qatar yang melakukan tolakan ke belakang hampir mengundang padah apabila Alisher Dzhalilov berjaya melakukan pintasan namun penyerang Tajikistan itu gagal melakukan kawalan lebih baik hingga menyukarkannya melakukan penyudah.

Memasuki pertengahan babak kedua, aksi making tegang apabila tercetusnya pertengkaran antara pemain kedua-dua pasukan hingga menyaksikan tonggak Tajikistan, Amadoni Kamolov dilayangkan kad merah kerana tindakan kasar dilakukannya ketika dia dikasari pemain lawan.

Qatar yang hadir selaku juara bertahan kini muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati malah Akram juga kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak dengan tiga gol. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 18

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 74

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 24

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.