Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Saya Dan Fattah Ok Sahaja – Fazura Ada Sebab Jarang Kongsi Kisah Bersama
 Saya Dan Fattah Ok Sahaja – Fazura Ada Sebab Jarang Kongsi Kisah Bersama
Selebriti

Saya Dan Fattah Ok Sahaja – Fazura Ada Sebab Jarang Kongsi Kisah Bersama

by VOKALIS 22/07/2024 249

Pelakon popular Nur Fazura mengakui tidak tahu bagaimana tercetusnya spekulasi mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami Fattah Amin kononnya sedang bermasalah.

Malah dia turut menafikan perkara itu selain berkongsi bahawa hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik.

“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak.

“Saya dan Fattah ok sahaja.

“Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Merdeka 2024 Porspec KPM X Fazura di Hotel The Westin Kuala Lumpur.

Bagi usahawan jenama Fazura itu, dia memilih untuk mengehadkan perkongsiannya di laman sosial bagi menghormati situasi yang sedang melanda Palestin.

“ Secara jujur saya memang hadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestin.

“Jadi saya rasa tak ok tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,“ katanya.

Tambah Fazura, dia mempunyai satu akaun media sosial yang khas dan ‘private’. Di situlah tempat dia berkongsi kehidupan peribadi.

“Saya ada satu lagi akaun private. Di situ sesiapa yang ada boleh lihat foto kami bersama.

“Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul,” katanya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu turut mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah dek kerana jadual kerja yang terlalu sibuk.

“Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang diperakui badan berkaitan Palestin menerusi kolaborasi hantaran bersama di media sosial, Fazura terharu dengan penerimaan itu dan mengakui akan terus menyuarakan solidariti ke atas negara yang sedang bergolak.

“Saya akan terus bersuara dan syukur apabila turut menerima respon menerusi hantaran mereka yang turut tagged saya.

“Saya akan lakukan semampu mungkin dan saya percaya rezeki di tangan Allah saya akan tetap berkongsi perkara yang sepatutnya begitu juga dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Fazura mendapat pujian Netizen yang menganggap pelakon itu tidak gentar meneruskan jihad kecil bersuara mengenai kekejaman di Gaza. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Fattah Fazura Cerai : Nafi Curang, Tak

by VOKALIS 07/10/2024 162

Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas

Selebriti Semasa

Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada

by VOKALIS 07/10/2024 179

Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang. Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura,

Selebriti Semasa

“Tiada Wanita Lain…Tanpa Ragu Saya Masih Sayangkan

by VOKALIS 14/09/2024 230

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.