Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Saya Nampak Kesungguhan Liza Hanim – Datuk Seri Siti Nurhaliza Ada Tiga Finalis ASGV Pilihan
 Saya Nampak Kesungguhan Liza Hanim – Datuk Seri Siti Nurhaliza Ada Tiga Finalis ASGV Pilihan
Selebriti Semasa

Saya Nampak Kesungguhan Liza Hanim – Datuk Seri Siti Nurhaliza Ada Tiga Finalis ASGV Pilihan

by VOKALIS 14/12/2023 767

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza melihat tiga peserta final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) antara yang layak bergelar juara.

Beliau berkata ketiga-tiga peserta iaitu Jaclyn Victor, Liza Hanim dan Nikki Palikat memberikan persembahan kualiti seorang juara pada Ahad lalu.

“Dalam list saya memang ada Jaclyn, Liza dan Nikki. Bagi saya kesemua layak menang dan ia lebih kepada rezeki malam itu.

“Saya percaya juri lebih tahu dan kemenangan pastinya berdasarkan pada persembahan mereka malam berkenaan,” katanya.

Penyanyi lagu Magis itu berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran Instagram story miliknya yang memilih Liza sebagai juara.

Bercerita lanjut, Siti berkata hantaran itu berdasarkan pemerhatiannya pada kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan Liza.

“Nampak kerja keras Liza dan dia memang all out.

“Malah lagu duet yang dibawa juga memang lagu juara dan disampaikan dengan baik berbanding lagu nyanyian peserta lain yang lebih santai,” katanya.

Dalam pada itu, Siti mengakui Jaclyn juga layak bergelar juara dan menyampaikan lagu tugasannya dengan kemas.

“Jaclyn menyanyi memang clean dan perfect. Dua-dua hebat dan dua-dua sahabat baik saya.

“Macam saya katakan, saya hanya menonton di rumah dan pastinya juri di dewan lagi profesional dan tahu,” katanya.

Terdahulu, Siti menghadiri Majlis Ukhuwah & Apresiasi Yayasan Nurjiwa serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa di ibu kota semalam.

Siti berkata, sempena kempen itu satu Tabung Sedekah Subuh diperkenalkan bagi menggalakan amalan sedekah dalam kalangan masyarakat.

“Melalui tabung yang kita berikan, semua boleh mula menabung dan bila penuh mereka bolehlah sedekah kepada mereka yang memerlukan dan tidak semestinya melalui Yayasan Nurjiwa,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 33

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 47

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 62

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.