Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 18 Februari 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 18 Februari 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 18 Februari 2024

by VOKALIS 18/02/2024 478
  1. Cakra Kagumi Peniaga Burger OKU – Jemput Ke Konsert

Penyanyi popular Indonesia mengakui kehidupan wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Eerah yang menjual burger sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini banyak mengajarnya erti kehidupan.

Kata Cakra, 32, dia juga tidak menyangka Eerah muncul di pentas pada konsert A Decade Cakra Khan 2.0 Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) semalam.

“Tiba-tiba ada kejutan, dia muncul di pentas dengan membawa burger. Memang terharu dan rasa sangat tersentuh melihat kesungguhannya,” katanya.

  1. Ahli Perniagaan Dikhuatiri Lemas – Ditarik Ombak Besar

Keseronokan seorang ahli perniagaan bersiar-siar di gigi pantai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi tersebut, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditarik ombak besar musim tengkujuh itu sambil disaksikan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44, dan dua anak mereka.

Nora Elina berkata, sewaktu kejadian, dia dan dua anaknya berusia sembilan dan 11 tahun bermain pasir, manakala suaminya pula berjalan-jalam di gigi pantai.

  1. Wanita Palsu Hamil – Kaut Lebih RM500,000

Seorang wanita di Itali memalsukan 17 kehamilan sejak 24 tahun lalu bagi membolehkannya menerima manfaat bersalin sebanyak €110,000 (RM566,612), lapor laman berita Oddity Central semalam.

Barbara Ioele, 50, diberi cuti bersalin selama bertahun-tahun dan menerima manfaat yang dibayar oleh kerajaan selepas memalsukan kehamilannya.

Berdasarkan dokumen-dokumen yang difailkan oleh Ioele, dia dilaporkan hamil sebanyak 17 kali dengan 12 kali keguguran.

  1. Curi Emas Betul Ibu Mentua – Ganti Emas Palsu

Curi barang kemas ibu mentua sebelum digantikan dengan yang palsu.

Itu helah digunakan seorang penganggur yang ditahan kerana disyaki mendalangi perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Pandan Mesra, Ampang dekat sini, 11 Februari lalu.

Kejadian disedari pemilik barang kemas iaitu wanita berusia 55 tahun selepas mendapati satu gelang tangan dan rantai leher emas yang disimpan dalam laci almari di bilik tidur rumahnya, lesap kira-kira jam 3.30 pagi.

  1. Terlepas Pertahan Kejuaraan – Malaysia Tewas Kepada China

Malaysia tewas di tangan China 0-3 pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).

Keputusan itu menyaksikan skuad lelaki negara gagal dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Pada aksi di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, skuad negara tempang apabila pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia tidak dapat diturunkan kerana masalah resdung dan kesukaran untuk bernafas.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 35

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 51

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 67

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.