Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 25 Februari 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 25 Februari 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 25 Februari 2024

by VOKALIS 25/02/2024 505
  1. Sewa Tapak Bazar Ramadan Kepada Pihak Ketiga – Tindakan Tegas Menanti

Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan bahawa tapak bazar Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyewakan tapak itu dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada peniaga lain.

“Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa DBKL bahawa kita perlu lebih tegas untuk tahun ini. Sekiranya kita dapati ada penjaja yang dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain, kita terus rampas lesen itu dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya oleh DBKL,” katanya.

  1. Nenek Tubuh Kumpulan Rap – Suni And The Seven Princess

Sekumpulan warga emas di wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan tular kerana muncul sebagai penyanyi rap, lapor laman berita Oddity Central.

Kumpulan dinamakan Suni and the Seven Princess itu ditubuhkan pada Ogos 2023 dan kini terkenal di seluruh dunia.

Lapan warga emas berusia dalam lingkungan 70-an hingga 80-an itu berkenalan sejak mereka muda lagi.

  1. Fatiya Latiff Berkemban Pula – Netizen Risau

Selepas tidak lagi berhijab sejak bercuti di Jepun pada bulan lalu, pelakon sensasi Fatiya Latiff semakin berani apabila tampil dengan imej berkemban.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latif, 36, itu berkongsi gambar dalam keadaan berkemban ketika bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia.

Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan Fatiya merakamkan swafoto di hadapan cermin dengan memakai kain pario untuk menutupi bahagian badannya dan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam.

  1. MR DIY Untung – Catat Hampir RM160 Juta 2023

MR D.I.Y Group Bhd (MR D.I.Y) mencatat keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM158.6 juta bagi suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (4Q23) berbanding RM136.08 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil tumbuh sebanyak 7.6 peratus kepada RM1.1 bilion berbanding RM1.06 bilion, dipacu pertumbuhan dalam pertambahan outlet baharu sebanyak 16.8 peratus.

Volum dagangan juga meningkat sebanyak 16.7 peratus seiring perkembangan rangkaian outlet syarikat yang bertambah daripada 1,080 cawangan pada tahun kewangan 2022 kepada 1,255 cawangan pada 31 December 2023.

  1. Fadhil Tarik Diri Kerana Virus – Tak Dapat Pertahan Emas

Hasrat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd. Zonis mempertahankan pingat emas acara satu kilometer (km) ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India tidak tertunai apabila terpaksa menarik diri.

Fadhil yang meraih emas edisi tahun lalu di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana masalah kesihatan akibat jangkitan virus.

Selain 1km ujian masa, ­pelumba berusia 26 tahun itu juga terpaksa menarik diri daripada acara keirin.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 31

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 33

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 52

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.