Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 13 April 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 13 April 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 13 April 2024

by VOKALIS 13/04/2024 500
  1. Anwar Sihat Dan Baik-Baik – Setiausa Politik Sahkan

Tahap kesihatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika ini berada dalam keadaan baik, biarpun dipenuhi jadual padat sebagai pemimpin utama negara.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, biarpun ada pihak mempersoalkan berkenaan tahap kesihatannya, ia tidak lebih sekadar naratif tak berasas untuk tujuan menyebar fitnah.

“Sebagai antara individu yang dekat dengan Perdana Menteri, saya mengesahkan keadaan dan tahap kesihatan beliau jauh lebih baik dari sebahagian kita, meski diasak dengan jadual yang terlalu padat,” katanya.

  1. Aliran Trafik Masih Perlahan – Jumlah Kenderaan Bertambah Di Semua Lebuh Raya

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan pada 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Beliau berkata, di LPT2 trafik bergerak perlahan dari Bukit Besi ke Paka dan di kawasan susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu.

  1. Bukan Alas Kaki – Sejadah Kecil Gambar Kaabah

Alas kaki bergambar kaabah yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada Selasa lalu adalah sejadah mini.

AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya menyedari hantaran media sosial berhubung salah faham berkaitan sejadah dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

“Pembekal yang terbabit, A&R Fashion Collection (A&R) mengesahkan produk itu sememangnya sejadah mini yang mana coraknya adalah dalam format menegak yang juga amalan biasa,” katanya.

  1. Kucing Dan Burung Terkorban – Kebakaran Sebuah Rumah

Sebanyak 15 ekor kucing dan 10 ekor burung peliharaan mati selepas sebuah rumah di Kampung Cengkuak, Damak dekat sini, hari ini.

Kebakaran jam 6.26 pagi yang dipercayai akibat litar pintas turut memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.

Mangsa, Faridah Majid berkata, dia terdengar kucing peliharaan yang diletakkan di sebuah bilik khas berbunyi pelik ketika sedang bersiap untuk solat Subuh.

  1. Dollah Cantek Meninggal Dunia – Hembus Nafas Akhir Di Kediaman

Pengacara Dollah Cantek, 47, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi di kediamannya di Sentul Point Suit Apartment, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, punca kematian Dollah atau nama sebenarnya Abdullah Ibrahim masih belum dipastikan dan menanti keputusan forensik.

“Pihak waris dan keluarga terpaksa menunggu keputusan forensik bagi menetapkan urusan pengurusan jenazah Allahyarham yang dijangka selesai pada jam 5 petang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 14

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 244

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.