Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sekolah Afwa Al Aafiyah milik Siti Nurhaliza musnah dibedil bom
 Sekolah Afwa Al Aafiyah milik Siti Nurhaliza musnah dibedil bom
Selebriti Semasa

Sekolah Afwa Al Aafiyah milik Siti Nurhaliza musnah dibedil bom

by thevokal 27/09/2025 317

SEKOLAH milik biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa iaitu Sekolah Afwa Al-Aafiyah di Gaza, Palestin dilaporkan musnah.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh wakil Yayasan Nurjiwa di Palestin, Doktor Mohanad Kullab dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Menurut Mohanad, sekolah yang diberi nama Sekolah Afwa Al Afiyah telah musnah dibedil rejim Israel.

Sementara itu, Yayasan Nurjiwa turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut menerusi satu hantaran di IG.

“Berita ini amat mengejutkan serta menyayat hati seluruh warga Yayasan Nurjiwa terutama pengasas Yayasan Nurjiwa, Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Walau bagaimanapun, kami tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat Gaza dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.

“Yayasan Nurjiwa menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak Gaza, “ katanya.

Siti turut meluahkan rasa reda dengan berita itu dan percaya sekolah untuk anak-anak Palestin akan dapat dibangunkan semula, kelak.

“Kami akan membantu mereka di sana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” katanya. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 34

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 54

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.