Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sembilan Cedera – Termasuk Warga Singapura
 Sembilan Cedera – Termasuk Warga Singapura
Semasa

Sembilan Cedera – Termasuk Warga Singapura

by VOKALIS 26/02/2024 422

Sembilan mangsa membabitkan tiga warga Singapura cedera dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer (KM) 291.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, setibanya pihak bomba di lokasi kejadian pada pukul 1.01 tengah hari, didapati lima buah kenderaan terlibat dalam insiden itu.

Menurut Sayani, kenderaan terlibat ialah sebuah Perodua Myvi yang dinaiki seorang lelaki dan wanita dewasa berusia 30-an serta seorang kanak-kanak berusia setahun.

Sayani Saidon

“Sebuah lagi kenderaan ialah Perodua Myvi dinaiki lelaki berusia 20-an, Perodua Viva (lelaki berusia 40-an) dan kenderaan pelbagai guna berjenama Hyundai dinaiki lelaki berusia 20-an serta tiga warga Singapura (seorang lelaki dan dua wanita berusia 60-an).

“Kenderaan kelima telah beredar dari lokasi kejadian semasa jentera pertama sampai kerana melibatkan pelanggaran yang sedikit sahaja,” katanya, hari ini.

Sayani berkata, enam mangsa menerima rawatan daripada pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba dan seorang lagi dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Dua orang lelaki yang berada di kenderaan masing-masing cedera ringan sahaja. Komander operasi membuat ‘size up’ dan mengaplikasikan konsep Saver untuk memastikan tiada keberbahayaan.

“Anggota turut membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital berhampiran,” katanya – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 20

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 86

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 25

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.