Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sesak Dua Jam – Kemalangan Laluan Gopeng Tapah
 Sesak Dua Jam – Kemalangan Laluan Gopeng Tapah
Semasa

Sesak Dua Jam – Kemalangan Laluan Gopeng Tapah

by VOKALIS 26/02/2024 537

Keadaan trafik dilaporkan sesak di laluan Gopeng menghala ke Tapah di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ekoran kemalangan pada pukul 2 petang tadi.

Menerusi perkongsian Viral Perak di Facebook, nahas jalan raya tersebut melibatkan beberapa kenderaan di Kilometer (KM) 291.8 menyebabkan lorong kiri dan kanan terhalang.

Beberapa pengguna lebuh raya turut memaklumkan mereka ‘terperangkap’ lebih dua jam dalam kesesakan tersebut.

“Sesak, sesak dari Gopeng ke Tapah di Lebuh Raya Utara-Selatan. Ada kemalangan beberapa kenderaan. Lebih tiga jam sangkut ‘trafik jam’,” kongsi Luqman di aplikasi Waze.

Sementara itu, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataan di Facebook meminta pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika memandu.

“Trafik perlahan di lokasi. Berhati-hati memandu. Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi ketika ini,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 91

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 98

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 102

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.