Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sheriff Terus Tawan Pawagam – Kutip RM 22.1 Juta Seminggu Tayangan
 Sheriff Terus Tawan Pawagam – Kutip RM 22.1 Juta Seminggu Tayangan
Semasa

Sheriff Terus Tawan Pawagam – Kutip RM 22.1 Juta Seminggu Tayangan

by VOKALIS 26/04/2024 558

Filem bercorak aksi thriller, Sheriff terus mendominasi pawagam seluruh negara apabila meraih kutipan sebanyak RM22.1 juta selepas tujuh hari tayangan.

Penerbit eksekutif filem berkenaan merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad bersyukur kerana menerima maklum balas luar biasa daripada penonton.

“Melihat respon penonton yang sudah menonton filem Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan plot twist yang di luar jangkaan.

“Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam. Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

“Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insya-Allah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.

“Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Filem yang turut mengangkat subjek ‘polis tangkap polis’ terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq Kyle iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Datuk Aaron Aziz semakin berleluasa.

Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul Ariffin adalah anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes Meth Killer dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 21

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 43

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 48

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.