Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sindiket Kerepek – Polis Selamatkan 12 Individu 
 Sindiket Kerepek – Polis Selamatkan 12 Individu 
Semasa

Sindiket Kerepek – Polis Selamatkan 12 Individu 

by VOKALIS 24/01/2024 510

Memang ada benarnya cakap-cakap kononnya dalam kalangan penjual kerepek didalangi sindiket tidak bertanggungjawab. 

Terbaru, polis menyelamatkan 12 individu yang dieksploitasi untuk menjual kerepek, keropok dan pelbagai barangan di negeri ini.

Lapan suspek yang disyaki terbabit turut ditahan dalam enam serbuan berasingan di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau bermula 22 Januari hingga 23 Januari.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi berkenaan dijalankan bertujuan membanteras eksplotasi kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan.

“Op Mega Pembanteras Jenayah Tip dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan.

“Lapan suspek berusia antara 20 hingga 54 tahun berjaya ditahan kerana kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Suspek disyaki melakukan eksplotasi ke atas 12 mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan 10 wanita warga Thailand serta seorang wanita Kemboja masing-masing berusia 17 hingga 73 tahun yang berjaya diselamatkan,” katanya. 

Beliau menambah serbuan yang dijalankan juga menahan seramai 15 warga asing berusia 28 hingga 49 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kami juga merampas dua kereta, motosikal, lima telefon bimbit, 49 jenis barangan lelaki, 351 jenis makanan dan wang tunai sebanyak RM116,” katanya.

Jelas Ahmad Dzaffir, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Negeri Sembilan di talian 06-7682222,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 32

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 32

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 37

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.