Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30, Nyanyi Dari Atas Kren Di Hadapan 65,000 Penonton
 Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30, Nyanyi Dari Atas Kren Di Hadapan 65,000 Penonton
Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30, Nyanyi Dari Atas Kren Di Hadapan 65,000 Penonton

by thevokal 12/01/2026 85

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah menyatukan rangkaian lagu mewakili perjalanan seni tiga dekad Biduanita Negara itu, dipersembahkan di hadapan lebih 65,000 penonton yang memenuhi ruang konsert.

Susunan lagu yang ‘dihidangkan’ secara berperingkat membawa penonton menyusuri pelbagai fasa kerjaya Siti Nurhaliza, daripada balada ikonik sehinggalah ke lagu-lagu tradisional.

Persembahan dibuka dengan gabungan lagu Purnama Merindu dan Dialah Di Hati, yang mencipta momen pembukaan luar biasa apabila Siti tampil menyanyi dari atas kren di awangan.

Aksi berani itu bukan sahaja menjadi antara sorotan utama konsert, malah memperlihatkan komitmen Siti dalam memberikan pengalaman persembahan terbaik kepada peminat.

Segmen awal diteruskan dengan lagu-lagu seperti Lakaran Kehidupan, Jerat Percintaan dan Menamakan Cinta, yang menerima sambutan hangat daripada penonton.

Memasuki segmen pertengahan, suasana konsert terus hangat menerusi Hits Chorus yang menghimpunkan deretan lagu popular termasuk Bicara Manis Menghiris Kalbu, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang, Kau Kekasihku dan Jaga Dia Untukku.

Pilihan lagu-lagu ini mengajak penonton menyanyi bersama secara beramai-ramai, menjadikan suasana konsert lebih interaktif dan meriah.

Segmen ini turut diserikan dengan persembahan duet bersama Umairah menerusi Kaca & Permata dan Hati Kama, selain gandingan bersama Hafiz Suip melalui lagu Pandang Pandang Jeling Jeling dan Muara Hati.

Kolaborasi diteruskan bersama Noh Salleh menerusi lagu Kau Mawarku dan Bagaikan Sakti, diikuti persembahan duet bersama Cakra Khan melalui lagu Dirgahayu dan Seluruh Cinta, yang menampilkan keserasian vokal serta penghayatan tinggi.

Setiap kolaborasi memberi dimensi berbeza kepada perjalanan konsert, sekali gus memperkayakan pengalaman penonton.

Segmen ketiga menyaksikan Siti kembali menyentuh emosi penonton menerusi lagu-lagu balada ikonik seperti Cintamu dan Aku Cinta Padamu, yang turut menyaksikan beliau sekali lagi naik ke udara.

Persembahan diteruskan dengan Bukan Cinta Biasa dan Bersandar Cinta, sebelum disusuli Hits Medley yang menghimpunkan lagu-lagu Seribu Kemanisan, Kesilapanku Keegoaanmu, Sehebat Matahari dan Diari Hatimu, membuktikan kekuatan vokal serta konsistensi persembahan beliau.

Sebagai penutup, elemen tradisional dan spiritual diketengahkan menerusi lagu Kesuma, Rencong, Joget Menanti Kasih, Balqis, Mahligai Permata dan Ya Maulai, sebelum konsert diakhiri dengan persembahan ikonik Cindai dan Nirmala.

Keseluruhan susunan lagu yang dipersembahkan mencerminkan kepelbagaian genre serta kematangan seni Siti Nurhaliza, sekali gus mengukuhkan legasi 30 tahun beliau sebagai Biduanita Negara dan penghibur tersohor tanah air. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 29

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 38

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 53

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.