Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Nurhaliza dinobatkan Legenda Muzik Asia Tenggara
 Siti Nurhaliza dinobatkan Legenda Muzik Asia Tenggara
Selebriti

Siti Nurhaliza dinobatkan Legenda Muzik Asia Tenggara

by Deel Anjer 22/09/2025 324

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 46, meluahkan rasa syukur apabila dirinya dinobatkan sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara sekali gus kekal menjadi penyanyi nombor satu di Malaysia.

Pemilihan Siti Nurhaliza untuk memenangi anugerah berprestij itu berikutan kejayaan beliau memenangi kira-kira 300 anugerah sepanjang 30 tahun pembabitannya selaku penyanyi popular di Malaysia hingga kini.

“Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga atas kejayaan ini. Saya pun sebenarnya tidak fikir fasal ini (untuk menang anugerah) kerana sibuk dengan aktiviti dan juga kerja yang perlu diselesaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Baru-baru ini, menerusi SeaAsia Stats melaporkan nama Siti Nurhaliza direkodkan sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara mewakili Malaysia kerana kejayaan hebat dalam industri seni Malaysia hingga kini.

Selain Siti, nama selebriti Asia Tenggara yang turut tersenarai membabitkan penyanyi popular dan dikenali ramai antaranya Iwan Fals dari Indonesia, Bird Thongchai (Thailand) Regine Velazquez (Filipina), Maria Aires (Brunei Darussalam). – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

Deel Anjer

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.