Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sudah Empat Kali Menang, DJ Lin Akui Ada Pihak Minta Beri Laluan – “Tidak Manis Untuk Hampakan Peminat”
 Sudah Empat Kali Menang, DJ Lin Akui Ada Pihak Minta Beri Laluan – “Tidak Manis Untuk Hampakan Peminat”
Selebriti Semasa

Sudah Empat Kali Menang, DJ Lin Akui Ada Pihak Minta Beri Laluan – “Tidak Manis Untuk Hampakan Peminat”

by VOKALIS 16/07/2023 321

KUALA LUMPUR – Finalis penyampai radio popular DJ Lin melahirkan rasa penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya sehingga ke saat akhir lewat malam tadi.

Penyampai segmen popular Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia hilang kata-kata dan terharu dengan sokongan berterusan sejak nama dicalonkan dalam persaingan Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH 35).

“Setiap hari ada saja yang beritahu mereka undi saya dan menyatakan sokongan terutamanya peminat Suria Cinta.

“Saya bertuah dengan rezeki kasih sayang yang sentiasa ada daripada peminat sejak 17 tahun lalu,” katanya dalam misi mempertahankan anugerah kategori penyampai radio popular untuk kali kelima tahun ini.

DJ Lin turut berterimakasih kepada keluarga dan insan insan kesayangan yang sentiasa mendoakan dan berusaha membantu dirinya dalam menjayakan kempen sepanjang proses undian berjalan.

View this post on Instagram

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia percaya restu dan doa arwah ibunya juga antara faktor kejayaannya pada hari ini.

Bukan sahaja popular, DJ Lin, 47, juga pernah dinobatkan sebagai penyampai radio terbaik dan dipercayai, dari pengiktirafan tempatan juga antarabangsa.

“Saya percaya restu ibu dan keikhlasan dalam melakukan kerja akan sentiasa membuahkan hasil tanpa terlalu megharapkan balasan.

“Saya juga yakin keputusan berhijab membuka banyak lembaran baharu dan pintu rezeki buat saya, Alhamdulillah,” katanya.

DJ Lin juga menyerahkan segalanya kepada rezeki dan gembira kerana masih berada dalam Top 5 pencalonan anugerah berkenaan bersama Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Johan.

“Ada yang minta saya beri laluan, bagi saya semua ini hadiah peminat dan mereka yang memilih dan menyokong saya.

“Tidak manis untuk saya hampakan, pada saya bersaing secara sihat dan sama-sama memeriahkan industri penyiaran negara.

“Lagipun negara kita tidak ada banyak penganugerahan jadi wajar untuk kita semua sokong serta raikan,” katanya.

Pada masa sama, DJ Lin juga berkongsi berita gembira segmen Suria Cinta kelolaannya berjaya mendapat tajaan produk ternama.

Dia berkata, Suria Cinta dibawakan oleh Narqes sejak bulan ini.

Sejak 24 tahun bergelar penyampai radio, anak kelahiran Johor ini sudah mendapat 13 anugerah yang menghargai kerjayanya itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Abang Lori Antara 50,000 Peminat Meriahkan Jelajah

by VOKALIS 16/10/2024 148

Kira-kira 50 pemandu lori hadir membuat kejutan sebagai sokongan kepada stesen radio Suria FM

Selebriti Semasa

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Catat

by VOKALIS 01/10/2024 150

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung

Selebriti Semasa

6,000 Banjiri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya

by VOKALIS 26/09/2024 193

Kemunculan lima ahli bomba di pentas siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.