Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sultan Johor Ke Istana Negara Esok – Bakal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17
 Sultan Johor Ke Istana Negara Esok – Bakal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17
Semasa

Sultan Johor Ke Istana Negara Esok – Bakal Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17

by VOKALIS 30/01/2024 521

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara esok bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan hari ini.

Menerusi atucara Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu esok, Sultan Ibrahim dijangka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor kira-kira pukul 7.45 pagi dari Istana Bukit Serene.

Baginda akan diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Sultan Ibrahim akan melalui Kawalan Kehormat Setempat oleh Johor Military Force (JMF) sebelum menaiki pesawat khas.

Pesawat terbabit dijangka akan berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Terdahulu, pada 27 Oktober tahun lalu, Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara sebulat suara mengisytiharkan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.– THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 35

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 115

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 34

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.