Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sultan Selangor Mahu Siasatan – Kes Serangan Faisal Halim
 Sultan Selangor Mahu Siasatan – Kes Serangan Faisal Halim
Semasa

Sultan Selangor Mahu Siasatan – Kes Serangan Faisal Halim

by VOKALIS 06/05/2024 639

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Istana Alam Shah menerusi kenyataannya memaklumkan, baginda memandang serius terhadap kejadian membabitkan Faisal yang juga pemain kebangsaan.

“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini jika tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Dalam pada itu, Istana Alam Shah memaklumkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa pihatin dan bimbang susulan kejadian terbaharu berunsur keganasan membabitkan Faisal.

“Baginda selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

“Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,” kata kenyataan tersebut.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 17

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 19

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.