Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Syukur Ayah Pulang – Walau Hanya Jasad Kaku
 Syukur Ayah Pulang – Walau Hanya Jasad Kaku
Semasa

Syukur Ayah Pulang – Walau Hanya Jasad Kaku

by VOKALIS 09/04/2024 577

Biarpun hanya sekujur jasad kaku, ia sudah membuatkan sang anak lega menyambut kepulangan bapa yang hilang sejak Sabtu lalu.

“Allah makbulkan doa kami. Ayah pulang juga sebelum raya,” kata Mohd Nor Hisyam Mohamad anak kepada Muhammad Ngah, 67, yang ditemui meninggal dunia.

Nor Hisyam berkata, walaupun bapanya pulang dalam keadaan tidak bernyawa selepas ditemui meninggal dunia kira-kira jam 10.25 pagi tadi, namun keluarga bersyukur apabila Allah memakbulkan doa mereka.

Katanya, sejak hari pertama hilang, usaha mencari lelaki terbabit dilakukan tanpa mengira waktu oleh keluarga dan penduduk kampung selain berdoa dan melakukan solat hajat.

“Sejak hari pertama ayah hilang, kami sudah reda dengan apa yang dihadapi.

“Kami cuma mahu ayah ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun.

“Setiap hari kami berdoa minta ayah pulang sebelum Aidilfitri. Alhamdulillah, syukur Allah makbulkan doa kami. Biarpun kepulangan ayah tidak bernyawa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, mayat mangsa ditemui orang awam berhampiran kawasan tapak pembinaan ECRL di Kampung Banggol Katong, Serada, di sini.

“Menurut anak mangsa, bapanya keluar rumah lebih kurang jam 10 pagi, Sabtu lalu. Laporan kehilangan warga emas itu dibuat keluarga pada Ahad lalu.

“Mangsa yang bekerja sebagai peniaga ikan dikatakan mengalami masalah lupa dan menghidapi kencing manis serta masalah jantung.

“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Tiada kesan jenayah, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 43

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 43

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 47

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.