Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Tak Mungkin Saya Akan Buat…” – Meerqeen Nafi Bercium Dengam Mimi Lana
 “Tak Mungkin Saya Akan Buat…” – Meerqeen Nafi Bercium Dengam Mimi Lana
Selebriti Semasa Sensasi

“Tak Mungkin Saya Akan Buat…” – Meerqeen Nafi Bercium Dengam Mimi Lana

by VOKALIS 01/12/2023 714

Hero sedang meningkat naik Meerqeen menafikan dakwaan dia bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam seperti yang hangat menjadi bualan sebelum ini.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dia tidak mungkin melakukan perkara sebegitu kepada Mimi yang dianggap sebagai kawan.

“Tak mungkin saya akan buat perkara itu. Saya dan dia kawan. Ketika cerita itu timbul saya tidak ada di Kuala Lumpur kerana terlibat dalam penggambaran.

“Ia tidak berlaku langsung. Saya pun terkejut apabila terbaca mengenani terbabit,” katanya.

Meerqeen ditemui ketika majlis pra pelancaran filem lakonan terbaharu lakonannnya berjudul Klepet yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam masa sama dia juga menolak dakwaan menjadi pun keretakan hubungan antara Mimi dan pelakon Syafiq Kyle.

Malah dia juga sudah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Kami dalam lingkungan sahabat yang sama. Tak mungkin saya buat perkara sebgitu. Saya dan Mimi hanya rakan sahaja.

“Saya juga telah berhubung dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara sebenar,” tegasnya.
Sebelum ini timbul dakwaan dua orang selebriti bercium di sebuah kelab malam dan nama Meerqeen disebut-sebut sebagai pihak yang terlibat. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 15

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 26

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 29

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.