Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza pilih memaafkan
 Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza pilih memaafkan
Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza pilih memaafkan

by thevokal 19/01/2026 10

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila setiap gerak-geri, persembahan dan kejayaannya sering menjadi perhatian serta bahan kritikan segelintir pihak.

Namun di sebalik pelbagai komen negatif yang dilemparkan, Biduanita Negara itu memilih untuk kekal tenang dan matang.

Menurut pelantun lagu Kesuma ini, usik mengusik adalah perkara biasa kerana dalam kehidupan semua orang perlukan hiburan.

“Walaupun ada orang itu mengusik saya, sudah tentulah saya perlu mengusik balik orang itu dengan gaya santai. Tak ada pun komen-komen yang melekat di hati saya.

“Bagi saya, bila orang ambil perhatian dengan konsert, nyanyian atau persembahan saya, itu maknanya mereka mengambil berat tentang saya. Kalau saya buat konsert, tak ada langsung orang nak buat komen atau hirau (ambil kisah), itu masalah untuk saya.

“Tapi kalau orang melihat dan meneliti, mencari cerita apa yang boleh tarik perhatian orang untuk membaca atau menulis, saya rasa itu adalah input yang saya boleh ambil sebagai panduan.

“Kalau bagus saya ambil. Bagi saya, itu hanya usik-usik dalam masa yang sama kita faham bahawa dalam ramai yang suka, pasti ada yang kurang berkenan dengan di hati mereka. Jadi saya abaikan kerana mereka tidak berada dalam pasukan saya.

“Mereka juga tidak berada dalam situasi konsert yang 65,000 orang begitu enjoy dan happy, jadi saya maafkan dan tak ada apa-apa yang perlu saya sakit hati,” katanya sewaktu ditemui pada majlis sambutan ulang tahun dan apresiasi media, baru-baru ini.

Siti menjawab demikian apabila diminta mengulas komen-komen negatif yang dilontarkan kepadanya selepas menjayakan konsert berskala besar Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari lalu.

Jelas Siti, beliau lebih suka berpandangan jauh kerana sedar industri hiburan tanah air bukanlah besar seperti luar negara. Lagipun masing-masing sudah matang, jadi harus bijak berfikir.

“Bagi saya industri kita sangat kecil dan balik-balik kita akan jumpa insan yang sama dalam industri dan ia tidak mendatangkan manfaat pun kalau kita nak terasa hati atau bermasam muka.

“Saya sudah melihat perjuangan saya dalam mengadakan konsert sejak usia 20 tahun. Apa yang tak saya lalui, pujian, kejian atau usikan itu sentiasa ada. Semua itu bukan masalah bagi saya,” sambungnya lagi. – THE VOKAL

Sebahagian rakan media yang turut menjayakan segmen persembahan di Majlis sambutan ulang tahun  Siti Nurhaliza dan apresiasi media.

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 8

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 181

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

Selebriti

Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

by thevokal 18/01/2026 18

Usaha mengesan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.