Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi Tanggungjawab’ – Dr Syid Ayob
 Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi Tanggungjawab’ – Dr Syid Ayob
Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi Tanggungjawab’ – Dr Syid Ayob

by thevokal 27/01/2026 9

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan menjadi semakin penting.

Berlandaskan prinsip inilah Eskayvie terus memperkukuh peranannya sebagai jenama kesihatan yang bukan sekadar berkembang dari sudut perniagaan, namun turut membawa makna serta impak sebenar kepada masyarakat.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik pada 24 Januari lalu.

AZNIL dan ibu tercinta Dr Kartika, Datin Hajah Kamaliah turut hadir

Majlis ini menjadi platform untuk meraikan pencapaian sepanjang tahun lalu serta menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan yang dibina secara kolektif.

Bertemakan The Journey Continues: From Purpose to Impact, majlis ini mencerminkan hala tuju jenama popular berkenaan bagi tahun ini yang menekankan kejelasan mesej, konsistensi pelaksanaan dan hubungan yang lebih bermakna dengan masyarakat.

Tema terbabit disifatkan bukan sekadar kesinambungan perjalanan, tetapi penegasan kepada fasa pertumbuhan baharu yang lebih terarah, mampan dan berimpak.

TUNJANG Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Dr Kartika Wati Mohamed

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, dalam ucaptamanya menegaskan bahawa peranan Eskayvie hari ini melangkaui penghasilan produk, sebaliknya berfungsi sebagai satu ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia moden.

“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.

“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” katanya.

Dr Syid menambah, jenama kebanggaannya itu dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional.

“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.

“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan.

“Kejayaan Eskayvie juga tidak diukur melalui angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup, keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang dibina bersama menerusi ekosistem Nexus,” katanya.

DR Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Formulator Eskayvie

Dr Syid turut menzahirkan rasa syukur atas kerjasama yang terjalin bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie.

“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat. Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” ujarnya.

DR Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie, Ketika menyampaikan ucapan mengenai hala tuju strategik syarikat

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa Eskayvie secara konsisten memilih untuk bermula dengan anak-anak, kerana di situlah masa depan ummah dibentuk.

Menurut Dr Kartika, potensi anak bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya perlu dibina hari ini melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul.

“Kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda bukan sekadar kesinambungan perjalanan jenama, tetapi pendalaman mesej dan penegasan pendirian Eskayvie.

“Mesej kami jelas, setiap anak dilahirkan dengan potensi dan tugas kitalah untuk menyuburkannya setiap hari,” katanya.

Kata Dr Kartika lagi, lebih daripada memperkenalkan produk, kempen dimaksudkan mengangkat kesedaran tentang tanggungjawab.

“Ia berintikan tanggungjawab bersama selain peranan ibu bapa dalam membina asas perkembangan anak, termasuklah tanggungjawab masyarakat dalam menyediakan sokongan yang tepat.

“Seterusnya tanggungjawab Eskayvie sebagai organisasi yang memilih untuk bertindak dan memberi impak,” ujarnya.

ANTARA pemenang yang diraikan Eskayvie

Sebagai strategi utama 2026, kempen terbabit akan diperluaskan secara nasional melalui rangkaian Eskayvie Nexus yang membabitkan lebih 130,103 usahawan di seluruh Malaysia.

Jelas Dr Kartika lagi, pendekatan ini membolehkan mesej kempen disampaikan secara lebih dekat, empatik dan berterusan kepada ibu bapa serta keluarga, melalui pendidikan, perbualan dan hubungan yang dipercayai.

“Eskayvie turut memperkukuh pelaksanaan kempen ini melalui kerjasama strategik merentasi pelbagai lapisan ekosistem, melibatkan agensi berkaitan seperti institusi kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan profesional serta rakan media dan industri.

“Pendekatan kolaboratif ini memastikan mesej kempen disampaikan secara berfakta, bertanggungjawab dan konsisten, selari dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan nutrisi dan pembangunan potensi generasi masa hadapan.

“Melalui pembabitan pelbagai pihak berkepentingan, kempen ini digerakkan bukan sekadar sebagai inisiatif jenama, tetapi sebagai usaha bersama yang berteraskan ilmu, kepakaran dan tanggungjawab sosial,” katanya.

DARIPADA lebih 350,000 penyertaan pelanggan sepanjang Kempen Beli & Menang 2025, Rohana Saad muncul sebagai pemenang bertuah hadiah utama Honda City 1.5V

Dr Kartika turut menambah, pendekatan menyeluruh Eskayvie dalam memastikan mesej yang dibawa bukan sahaja sampai kepada masyarakat secara menyeluruh, malah membina kefahaman yang mendalam serta impak yang berkekalan.

“Seiring dengan pelaksanaan kempen, Eskayvie memperkenalkan penambahbaikan formulasi serta pembungkusan baharu bagi produk teras Mindtropic dan Mindtropic Junior, yang menyokong nutrisi minda kanak-kanak dan remaja berumur dua hingga 18 tahun.

“Kedua-dua produk ini turut dilengkapi dengan ciri pengesahan produk sebagai langkah memastikan ketulenan, keselamatan dan kualiti melalui saluran rasmi Eskayvie.

“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” katanya.

PELANCARAN maskot Owi dan packaging baharu Mindtropic Junior menandakan langkah penjenamaan yang lebih mesra kanak-kanak bagi menyokong usaha mendekati golongan keluarga

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.

Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 ini mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 20

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 22

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 33

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.