Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tiket Sehala RM599 Sempena Raya – MoT Anggap Munasabah
 Tiket Sehala RM599 Sempena Raya – MoT Anggap Munasabah
Semasa

Tiket Sehala RM599 Sempena Raya – MoT Anggap Munasabah

by VOKALIS 29/02/2024 557

Harga tiket kapal terbang yang tinggi mungkin dapat diatasi apabila penetapan RM599 sebagai harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tahun ini.

Kementerian Pengangkutan (MoT) menyifatkan penetapan itu sebagai munasabah dalam memastikan kelangsungan industri penerbangan dalam negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia berikutan tiada peruntukan tambahan diterima oleh MoT bagi inisiatif penetapan harga maksimum sebaliknya menggunakan peruntukan sedia ada yang menyebabkan kementerian terpaksa mencari inisiatif tersendiri bagi menampung perbelanjaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

Katanya, jika syarikat penerbangan sendiri yang diminta untuk menyerap kos baki lebihan yang melepasi harga maksimum ditetapkan maka pastinya kapasiti penerbangan akan dikurangkan bagi mengelakkan syarikat menanggung rugi.

“Sekiranya saya minta syarikat penerbangan untuk menyerap kos ini, mereka akan kurangkan kapasiti. Siapa hendak beroperasi kalau mereka rugi, tambahan bagi syarikat penerbangan swasta.

“Kalau kita tekan syarikat-syarikat penerbangan ini sampai mereka rugi, masalahnya boleh jadi macam MyAirline (MYAirline Sdn Bhd) yang ‘tutup kedai’ kerana tak dapat ‘survive’ (bertahan) hingga orang ramai tak dapat ‘terbang’. Bila ditutup, yang jadi mangsanya adalah penumpang selain pekerja.

“Jadi saya rasa dan kita perlu difahami bahawa penerbangan satu industri yang dinamik namun sangat kompetitif dan sangat mencabar. Kerajaan perlu berhati-hati apabila kita menetapkan dasar,” katanya.

Anthony memaklumkan kerajaan membuat ketetapan harga maksimum itu untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau dilapor berkata, sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari terbabit. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 47

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 51

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega

by thevokal 20/02/2026 22

Festival raya terbesar yang pertama di puncak tertinggi Putarajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.