Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Toyol Kena Sebat – Lelaki Dikenali Man Dalang Kes Curi Dihukum Penjara
 Toyol Kena Sebat – Lelaki Dikenali Man Dalang Kes Curi Dihukum Penjara
Semasa

Toyol Kena Sebat – Lelaki Dikenali Man Dalang Kes Curi Dihukum Penjara

by VOKALIS 05/01/2024 471

Seorang lelaki yang digelar Man Toyol
dijatuhi hukuman penjara 102 bulan, denda RM5,000 dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Dia berdepan dengan hukuman itu kerana menjadi dalang yang melakukan enam kesalahan termasuk mencuri motosikal dan pecah rumah, tahun lalu.

Kreit: Harian Metro

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman terhadap Norazman Amran, 32, yang mengaku bersalah melakukan semua perbuatan itu.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mencuri motosikal jenis Demak EX 90, memecah masuk dua rumah dan mencuri jam tangan, jam meja, mesin gerudi dan wang tunai RM150.

Bagi tiga lagi pertuduhan, Norazman didakwa menyembunyikan motosikal dilaporkan hilang, menghapuskan harta curi iaitu motosikal Yamaha 135LC dan menerima atau menyimpan motosikal Sym Jet Power 125 milik orang lain.

Bagi kesalahan mencuri motosikal dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK), manakala bagi kesalahan menyimpan dan melupuskan motosikal curi pula dituduh mengikut Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan pecah rumah dah curi pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan penjara 36 bulan dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua, berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 14 Disember 2023.

Pertuduhan ketiga, penjara 40 bulan selepas tamat hukuman kes kedua dan empat sebatan, manakala bagi tiga lagi pertuduhan dia dihukum penjara 12 bulan, enam bulan dan 18 bulan yang berjalan serentak selepas tamat hukuman kes ketiga.

Tertuduh juga dikenakan denda RM1,500 dan RM2,000 bagi pertuduhan keempat dan keenam, gagal bayar penjara tiga bulan.

Ini bermakna keseluruhannya tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 102 bulan berserta denda RM5,000 dan tujuh sebatan rotan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Impian Zulkifli genggam ijazah tercapai selepas tunggu

by thevokal 08/01/2026 44

Faktor usia bukanlah penghalang bagi Zulkifli Rahmat. Dalam usia 55 tahun beliau menerima Ijazah

Selebriti

LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza

by thevokal 06/01/2026 24

Demi memastikan kelancaran pergerakan ribuan peminat yang bakal menghadiri konsert Legacy 30, Biduanita Negara,

Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 160

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.