Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. ‘Umairah ada masa depan cerah, jangan hanyut dengan cabaran’ – Siti Nurhaliza
 ‘Umairah ada masa depan cerah, jangan hanyut dengan cabaran’ – Siti Nurhaliza
FAROUK Roman, Umairah dan Siti Nurhaliza di pelancaran lagu Sayap
Selebriti

‘Umairah ada masa depan cerah, jangan hanyut dengan cabaran’ – Siti Nurhaliza

by Deel Anjer 18/09/2025 273

BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melihat anak saudaranya, Umairah mempunyai masa depan cerah dalam bidang nyanyian.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu juga menekankan agar Umairah atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 14, tidak mengabaikan pelajaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

“Umairah ada masa depan cerah dan saya percaya dia dilahirkan untuk menghiburkan.

“Namun dalam masa sama, jangan lupakan pelajaran kerana dia juga mempunyai potensi cemerlang dalam bidang akademik.

“Perkara paling utama adalah kesabaran, rajin memperbaiki kelemahan dan pandai berkomunikasi dengan semua orang.

“Memang penat jadi anak seni. Kena hadap banyak jadual seperti penggambaran muzik video, temu bual dan sebagainya.

“Tetapi kalau itu impian Umairah, dia perlu sabar dengan segala tanggungjawab. Jati diri mesti kuat. Jangan hanyut dengan cabaran dunia seni yang penuh dugaan. Jangan lupa mak ayah kerana itu asas segalanya,” ujarnya.

FAROUK Roman, Umairah dan Siti Nurhaliza di pelancaran lagu Sayap

Menurut Siti lagi, Umairah memiliki bakat besar sekali gus berpotensi melebarkan sayap bukan sahaja di Malaysia, malah hingga ke pentas antarabangsa.

“Umairah memang berbakat besar, dia ada banyak kelebihan berbanding saya dan mungkin ramai orang lain. Contohnya, Umairah fasih berbahasa Mandarin, satu kelebihan besar untuk membuka peluang lebih jauh.

“Mungkin ini boleh merealisasikan impian saya yang dulu tidak kesampaian. Saya pernah berangan mahu tembusi pasaran China selepas menang di Shanghai.

“Pasukan sudah bersedia ketika itu, tetapi kerana saya berkahwin, impian itu terhenti. Kini saya mahu mencari ruang dan peluang itu untuk Umairah,” katanya.

Sementara itu, Umairah yang masih bergelar pelajar menggunakan cuti persekolahan untuk melancarkan dan mempromosikan single Sayap.

Sayap adalah hasil ciptaan dua komposer iaitu Resa Husin dan Farouk Roman. Lagu ini menggambarkan perjalanan cinta yang membuat seseorang terbang tinggi penuh harapan, namun akhirnya akur bahawa cinta tersebut bukan miliknya.

Meskipun lagu ini bertemakan kisah cinta namun Umairah dapat menghayatinya kerana terpikat dengan melodi Sayap yang menyentuh perasaan.

Bagi Umairah, peluang merakamkan lagu ini adalah satu pengalaman yang berharga baginya. Jika sebelum ini beliau muncul di pentas persembahan menyampaikan lagu penyanyi lain, kini beliau sudah memiliki lagu sendiri.

“Saya sangat teruja kerana diberi peluang untuk menyanyikan Sayap. Lagu ini begitu menyentuh jiwa saya kerana menceritakan betapa indahnya jatuh cinta tetapi pedihnya menerima kehilangan. Saya berharap agar pendengar dapat merasakan emosi yang saya sampaikan,” ujarnya.

Pelancaran Sayap bukan sahaja memperkenalkan Umairah sebagai wajah baharu industri muzik Malaysia, tetapi juga membuktikan kesungguhan SN Legacy Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia dalam mencungkil bakat generasi muda.

Dengan keindahan melodi, kekuatan lirik dan persembahan tulus daripada Umairah, Sayap diyakini akan mendapat tempat di hati para pendengar lagu Sayap kini boleh didapati di semua platform digital. – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

Deel Anjer

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 14

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 16

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 15

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.