Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Umpan RM100 – ‘Pakcik’ 57 Tahun Pancing Enam Kanak-Kanak Lelaki
 Umpan RM100 – ‘Pakcik’ 57 Tahun Pancing Enam Kanak-Kanak Lelaki
Semasa

Umpan RM100 – ‘Pakcik’ 57 Tahun Pancing Enam Kanak-Kanak Lelaki

by VOKALIS 07/02/2024 789

Seorang lelaki dalam usia hampir bergelar warga emas tergamak melakukan perbuatan terkutuk terhadap enam kanak-kanak dengan mengumpan RM100 kepada mereka.

Suspek yang bekerja sebagai peniaga warung diberkas polis selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap enam kanak-kanak lelaki dengan mengumpan mangsa menggunakan wang RM100, sejak September tahun lalu.

Suspek berusia 57 tahun dan telah berkahwin itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada pukul 8.56 malam tadi di kediamannya di Simpang Bekoh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan itu dibuat susulan enam laporan polis yang diterima pada pukul 2.58 petang hari sama mengenai kejadian amang seksual fizikal ke atas enam pelajar lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun.

Katanya, suspek telah memperdayakan mangsa-mangsanya dengan menawarkan wang sebanyak RM50 sehingga RM100 kepada kanak-kanak itu sebagai upah bagi melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak September tahun lalu sehingga Januari baru-baru ini,” katanya.

Katanya, suspek kini telah diberikan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini yang dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jasin, Mohd. Firdaus Salleh.

Perintah reman sehingga 13 Februari itu diberikan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 12

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 16

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 14

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.