Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. [V] Bengang Disiram Air Ketika Membuat Persembahan, Cardi B Baling Penonton Dengan Mikrofon
 [V] Bengang Disiram Air Ketika Membuat Persembahan, Cardi B Baling Penonton Dengan Mikrofon
Sedunia Selebriti

[V] Bengang Disiram Air Ketika Membuat Persembahan, Cardi B Baling Penonton Dengan Mikrofon

by VOKALIS 01/08/2023 228

LAS VEGAS – Insiden penyanyi dilempar dengan objek semakin menjadi-jadi di negara barat dengan kejadian terbaru membabitkan penyanyi yang juga rapper terkenal Cardi B.

Terkenal dengan lagu I Like It, penyanyi itu terkejut apabila seorang peminat menyimbah air ke arahnya ketika dia sedang membuat persembahan dalam satu acara di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Secara spontan, dia terus melemparkan mikrofon di tangannya ke arah individu berkenaan.

Malah menerusi beberapa rakamana video yang mula tular, jelas kelihatan wajah Cardi seakan-akan tidak berpuas hati apabila diperlakukan sebegitu.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

Individu yang duduk di bahagian bawah pentas itu kemudian diusung keluar oleh pengawal keselamatan.

Disebabkan kejadian itu, Cardi terpaksa menghentikan persembahan sebelum tampil semula beberapa minit kemudian.

Selain penyanyi yang pernah diiktiraf Forbes sebagai rapper wanita paling berpengaruh itu, penyanyi Harry Styles pernah mengalami kejadian sama ketika mengadakan konsert jelajahnya.

Turut menerima nasib sama ialah Bebe Rezha, apabila seorang penonton membaling telefon bimbit sehingga dia mengalami kecederaan di bahagian mata. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.