Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] “Trofi Ini Besar Maknanya Buat Karier Saya” – Tyzo Berterima Kasih Kepada Rara, Pasangan Paling Ideal
 [V] “Trofi Ini Besar Maknanya Buat Karier Saya” – Tyzo Berterima Kasih Kepada Rara, Pasangan Paling Ideal
Selebriti Semasa

[V] “Trofi Ini Besar Maknanya Buat Karier Saya” – Tyzo Berterima Kasih Kepada Rara, Pasangan Paling Ideal

by VOKALIS 24/07/2023 605

KUALA LUMPUR – Deejay Suria FM, Tyzo Xander berjaya melakar sejarah peribadi apabila dinobatkan selaku Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) pada Jumaat lalu.

Penyampai yang dikenali menerusi slot Suria Petang bersama rakan konti, Rara itu akui sangat terkejut tatkala mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut.

“Saya sudah menunggu selama 25 tahun untuk memenangi anugerah berprestij ini.

“Anugerah ini sangat besar maknanya buat karier saya,” kata pemilik nama sebenar Tuah Zoqarnain Idris itu ketika diminta mengulas kemenangannya.

Menurutnya lagi, Rara atau Sharifah Shahira selaku pasangan penyampai banyak memainkan peranan dalam mengembangkan kariernya di konti Suria FM.

Tyzo mengatakan, dia amat berterima kasih kepada Rara kerana sangat memahami dan menganggap wanita itu sebagai pasangan paling ideal pernah bergandingan dengannya.

“Bekerjasama dengan Rara sangat mudah. Mungkin sebab jarak usia kami tak jauh. Dia boleh memahami diri saya dan sebaliknya.

“Apabila mengutarakan sesuatu topik ketika Suria Petang bersiaran, pilihlah apa sahaja, mudah untuk kami bercakap mengenainya,” ujarnya yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran radio.

Tambah Tyzo, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang sentiasa mendengarkan beliau bersama gandingannya, Rara di segmen Suria Petang dan menghargai kerja serta bakatnya selama ini.

“Kemenangan ini adalah hadiah buat peminat dan pendengar Suria FM khususnya bagi segmen Suria Petang.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Saya percaya ramai pendengar yang menyukai gandingan kami berdua dan dengan kejayaan ini, saya akan lebih berusaha memberikan yang terbaik kepada para pendengar.

“Juga tidak dilupakan, terima kasih kepada ahli keluarga, adik-beradik dan keluarga saya di Suria FM yang sentiasa memberikan sokongan, sememangnya jasa kalian tidak dapat dilupakan.

KUALA LUMPUR 21 JULAI 2023. Penyampai radio, Tyzo memenangi kategori bagi Penyampai Radio Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Istana Budaya. NSTP/Team ABP

“Terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan media, seluruh warga kerja dan barisan pemenang,” ujarnya.

Pada masa sama, anak kelahiran Ipoh itu turut meluahkan rasa sedihnya apabila arwah ibunda tercinta, Allahyarham Hasnah Shaari tidak berpeluang melihat kejayaan beliau menggenggam trofi Penyampai Radio Popular ABPBH35 itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Abang Lori Antara 50,000 Peminat Meriahkan Jelajah

by VOKALIS 16/10/2024 148

Kira-kira 50 pemandu lori hadir membuat kejutan sebagai sokongan kepada stesen radio Suria FM

Selebriti Semasa

6,000 Banjiri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya

by VOKALIS 26/09/2024 193

Kemunculan lima ahli bomba di pentas siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di

Selebriti Semasa

Suria FM Cari Pelapis Industri Hiburan –

by VOKALIS 11/09/2024 211

Siri jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire membawa misi tersendiri kali ini iaitu mencari

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.