Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] “Untuk Dia, Saya Ada Masa!” – Shuib Sedia Hadapi Penat Jerih Naik Turun Mahkamah Saman Netizen
 [V] “Untuk Dia, Saya Ada Masa!” – Shuib Sedia Hadapi Penat Jerih Naik Turun Mahkamah Saman Netizen
Selebriti Sensasi

[V] “Untuk Dia, Saya Ada Masa!” – Shuib Sedia Hadapi Penat Jerih Naik Turun Mahkamah Saman Netizen

by VOKALIS 10/08/2023 275

KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Shuib bersedia untuk membawa seorang warganet yang memfitnahnya ke mahkamah demi menuntut keadilan.

Shuib ketika ditemui pada sidang akhbar hari ini berkata, saman terhadap Md Johan Dihani Mohd Zaidi diteruskan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua pihak.

“Writ saman sudah pun diserahkan mengikut prosedur mahkamah memandangkan defendan telah diwakili peguamnya.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

“Untuk dia, saya akan luangkan masa, insya-Allah. Dalam sidang akhbar terdahulu pun saya dah cakap sudah bersedia untuk turun naik mahkamah.

“Saya sedar, akan jadi leceh untuk hadapi segala prosedur ini tetapi mungkin dia yang nak saya buat macam ni,” ujarnya.

Sementara itu, Shuib juga berkata, dia percaya penyebaran fitnah dan maklumat palsu berupaya merosakkan reputasi pihak-pihak yang tidak bersalah.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

Tambahnya, tanggungjawab untuk menentang fitnah bukan sahaja terletak pada individu yang dianiaya, tetapi juga sebagai sebuah masyarakat.

“Saya ingin tegaskan bahawa saman fitnah ini bukan hanya sebagai seorang individu, tetapi ia langkah proaktif untuk melawan budaya fitnah,” jelasnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.