Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Wawa Zainal Beraksi Ketika Sarat Hamil – Sahut Cabaran Abnormal Buas, Permintaan Arwah Azahari
 Wawa Zainal Beraksi Ketika Sarat Hamil – Sahut Cabaran Abnormal Buas, Permintaan Arwah Azahari
Selebriti

Wawa Zainal Beraksi Ketika Sarat Hamil – Sahut Cabaran Abnormal Buas, Permintaan Arwah Azahari

by VOKALIS 21/06/2024 210

Pelakon jelita Wawa Zainal berani mengambil risiko untuk menjayakan filem Abnormal Buas meskipun sedang sarat mengandung ketika penggambaran berlangsung.

Bukan saja melalui aksi lasak, isteri kepada pelakon Ariel Zafrel itu juga perlu menghabiskan masa yang panjang di set sehingga jam 7 pagi.

“Kalau ikutkan saya memang tak nak berlakon sebab tengah sarat mengandung ketika penggambaran filem ini dua tahun lalu.

“Bayangkan elok seminggu habis penggambaran saya melahirkan anak saya,” katanya ketika ditemui usai prebiu filem itu baru-baru ini.

Wawa mengakui dia bersyukur kerana tidak bersalin di set penggambaran walaupun akuinya dia bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Alhamdulillah, memang tiada kecederaan langsung yang berlaku. Allah izinkan segalanya berjalan dengan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya juga lakukan atas pujukan arwah Azahari Zain iaitu pengarah awal filem ini,” katanya.

Sementara itu, suami Wawa iaitu Aeril Zafrel yang turut bertindak selaku penerbit berkata, pihaknya ada melamar beberapa artis lain untuk membawakan watak bernama Hani yang dilakonkan Wawa, namun lamaran itu tidak disambut.

“Pihak kami ada lamar beberapa artis untuk watak itu, tetapi lamaran tersebut tidak disambut. Mungkin disebabkan jadual kerja yang padat atau sebagainya,” katanya.

Filem Abnormal Buas bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Jun ini yang mengisahkan manusia bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah terlepas dari belenggu kemanusiaan.

Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa ke alam realiti yang luar biasa.

Selain Wawa, filem Abnormal Buas turun dibintangi Aeril Zafrel, Johan As’ari, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramli, Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Saheizy Sam, Nabila Huda, Emelda Rosmila dan Hayla (anak kepada Aeril dan Wawa). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

“Self Love & Love From Inner Beauty”

by VOKALIS 29/07/2024 239

Self Love & Love From Inner Beauty (mencintai diri sendiri & kecantikan dari dalam)

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.