Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Yumieho Terapi 100 TiTik Urutan – Rawatan Komplimentari Badan Sihat
 Yumieho Terapi 100 TiTik Urutan – Rawatan Komplimentari Badan Sihat
Semasa

Yumieho Terapi 100 TiTik Urutan – Rawatan Komplimentari Badan Sihat

by VOKALIS 06/05/2024 607

Terapi Yumeiho yang berasal dari Jepun dan diiktiraf di peringkat antarabangsa kini semakin mendapat tempat di lebih 80 negara di seluruh dunia

Pengasas dan Pengarah Yumeiho Asia, Zaphir Lembang,60, yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam terapi ini sudah membuktikan mampu membantu dalam menyembuhkan penyakit berkaitan strok, lemah tenaga batin, slipdisc , sakit otot, stres, gangguan jiwa, mental tidak stabil dan banyak lagi.

Lelaki berdarah campuran Melayu- Jerman yang lebih mesra dipanggil Sensei (cikgu) Zaphir ini berkata, ketidakseimbangan tulang pinggul dan pinggang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

“Yumeiho adalah terapi yang menggunakan teknik urutan dan berdasarkan kepada keseimbangan tulang pinggul atau pelvis.

“Kalau ikutkan nama sebenar rawatan yang berasal dari Jepun ini adalah Kotsuban Yumeiho . Kotsuban bermaksud tulang pinggul dan Yumeiho bermaksud teknik untuk meningkatkan daya hidup melalui pembetulan atau keseimbangan tulang pinggul.

“Dalam teori Yumeiho ini kita percaya bahawa tulang pelvis ini adalah keseimbangan untuk sistem tubuh kita. Bukan melibatkan tulang belakang sahaja, ini kerana seluruh sistem tubuh kita ini adalah berdasarkan kepada keseimbangan tulang pinggul kita.

“Kalau orang dulu-dulu dalam bahasa mudahnya sebut sakit pinggang. Mereka tahu yang pinggang ini mengawal keseimbangan hidup kita.

“Akibat ketidakseimbangan tulang pinggang atau pelvis ini, boleh mendatangkan banyak penyakit. Ia bukan sahaja berkaitan dengan sendi tetapi juga metabolisme, jantung, dalaman perut dan sebagainya. Ini kerana gangguan pada tulang pinggul secara tak langsung akan memberi kesan kepada sistem dalam tubuh kita,” katanya dalam sesi preview media di pusat rawatannya di Tamarind Square, Cyberjaya.

Zaphir juga menjelaskan, terapi Yumeiho yang mempunyai 100 urutan terbahagi kepada empat konsep atau tahap.

“Yang pertama adalah konsep pencegahan. Misalnya seseorang itu tidak mengalami apa-apa masalah besar seperti badan kurang segar atau rasa lemah, boleh datang dapatkan terapi Yumeiho ini sebagai langkah pencegahan daripada apa-apa penyakit.

“Jika mereka yang tidak mempunyai masalah besar dalam kesihatan dan terus konsisten atau istiqamah melakukan terapi ini sekurang-kurangnya sekali sebulan atau dua bulan sekali, Yumeiho boleh membantu menguatkan sistem imunisasi badan mereka.

“Konsep kedua adalah pemulihan diikuti konsep ketiga iaitu sesi rawatan kepada yang mengalami penyakit agak serius seperti masalah sendi yang teruk dan slipdisc.

Konsep terakhir adalah Sports Enhancement untuk mereka yang aktif dalam bersukan. Di luar negara, misalnya untuk Sukan Olimpik. Mereka menggunakan terapi ini untuk meningkatkan kebolehan atlet-atlet.

“Ada seorang doktor tempatan yang tugasnya memastikan kesihatan pasukan bola sepak. Selepas menggunakan terapi Yumeiho ini, ternyata pemain-pemain bola ini prestasinya meningkat,” katanya.

Zaphir yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam terapi ini telah merawat 13 ribu pesakit.

Bukan hanya dari Malaysia, malah ramai pelanggan dari luar negara seperti dari Indonesia, Brunei, Singapura, Kuwait, Arab Saudi.

Dengan harga RM 180 untuk satu jam dan harga promosi RM 98, sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan boleh ke Tamarind Square, Cyberjaya.

Instagram Yumeiho
https://www.instagram.com/yumeiho_asia?igsh=ZjFhMmUzMDB6NDNv – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 29

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 48

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 98

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.