Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zayn Rayyan Cuba Pertahan Diri – Netizen Lahir Rasa Sayu, Sedih dan Sebak
 Zayn Rayyan Cuba Pertahan Diri – Netizen Lahir Rasa Sayu, Sedih dan Sebak
Semasa

Zayn Rayyan Cuba Pertahan Diri – Netizen Lahir Rasa Sayu, Sedih dan Sebak

by VOKALIS 08/12/2023 751

Rata-rata netizen melahirkan rasa sayu, sedih dan sebak memikirkan siasatan terbaharu seperti dilaporkan media mengenai kanak-kanak malang Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6. 

Kesemuanya melahirkan rasa itu selepas mengetahui arwah Zayn Rayyan cuba mempertahankan dirinya sebelum dibunuh. 

Media melaporkan hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme, yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi berbeza sebelum ditinggalkan di tempat ditemui semalam.

Katanya, anak sungai lokasi mayat mangsa ditemui adalah kawasan terpencil yang jarang dilalui orang ramai.

Jadi, menurutnya, polis percaya suspek tahu selok belok di kawasan itu.

“Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui.

“Namun, ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam.

“Mengambil dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya.

Mengulas mengenai identiti suspek Shuhaily berkata, pihaknya masih mengenal pasti suspek.

Katanya, kes itu baharu sahaja diklasifikasikan semula kepada 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan pihaknya memerlukan masa untuk jalankan siasatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 36

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 49

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 58

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.