Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Ziana Zain Anggap Diri Belum Layak – Akui Siti Nurhaliza Antara Calon Biduanita Negara
 Ziana Zain Anggap Diri Belum Layak – Akui Siti Nurhaliza Antara Calon Biduanita Negara
Selebriti Semasa

Ziana Zain Anggap Diri Belum Layak – Akui Siti Nurhaliza Antara Calon Biduanita Negara

by VOKALIS 19/04/2024 1354

Pengalaman lebih tiga dekad dirinya dalam bidang seni masih belum cukup untuk bergelar Biduanita Negara, demikian menurut Ziana Zain merendah diri.

Diva kesayangan ramai itu berkata gelaran dan anugerah itu belum layak untuk diirinya yang menganggap masih belum sesuai membawa gelaran berprestij itu.

Bagi Ziana, 56, anugerah tersebut hanya layak diberikan kepada anak seni yang serba boleh baik dari bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

“Saya baru 30 tahun dalam industri, belum layak jika diberikan gelaran Biduanita Negara. Perjaungan saya dalam industri ini pun belum sampai setengah abad.

“Banyak lagi senior saya yang lebih sesuai kerana mereka sudah lakukan pelbagai perkara dan bekerja kerjas pada zamannya.

“Cuma pada masa kini mereka tidak kedepan, jadi orang tidak tahu. Saya takut ada perasaan tidak adil kepada senior kita. Mereka adalah inspirasi untuk kami jadi lebih baik,” katanya pada Sesi Khas Bersama Media Sempena Ziana Zain Konsert 2024 semalam.

Ziana berkata demikian bagi mengulas mengenai namanya yang disebut sebagai antara anak seni yang layak menyandang gelaran Biduanita Negara.

Bagi penyanyi Madah Berhelah itu lagi, lumrah bagi peminat untuk memperjuangkan artis mereka, namun urusan pemilihan Biduanita Negara biarlah ditentukan oleh kearifan panel juri.

“Datuk Sharifah Aini memang layak bergelar Biduanita Negara kerana bakat dan penglibatannya dalam bidang suara, pengacaraan dan lakonan. Itupun mengambil masa bertahun-tahun sebelum diiktiraf.

“Biarlah gelaran itu diberikan oleh orang yang arif dalam penilaian kepada artis yang benar-benar layak.

“Kita tak boleh calonkan diri sendiri. Peminat memang mahukan yang terbaik buat artis kesayangan mereka, namun mereka adik-adik yang mungkin tidak faham maksud sebenar gelaran berkenaan.

“Saya belum boleh terima gelaran itu, ia terlalu besar,” tuturnya.

Bercakap kepada The Vokal, Ziana mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza antara calon yang layak untuk gelaran berkenaan berdasarkan prestasi dan pencapaiannya.

“Siti Nurhaliza pada liga berbeza dan memiliki pencapaian yang sangat membanggakan dalam industri seni,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 16

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 36

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 67

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.