Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai seluar ketat… Punca sperma kurang subur
 Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai seluar ketat… Punca sperma kurang subur
ZOEY (kiri) dan Dr Afif sarankan lelaki elakkan seluar ketat yang menjadi punca sperma kurang subur
Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai seluar ketat… Punca sperma kurang subur

by thevokal 28/09/2025 211

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki yang gemar memakai seluar ketat atau cutting slim fit.

Sebagai seorang selebriti yang amat menitikberatkan soal kesihatan, usahawan produk kosmetik Mika Series ini mengingatkan agar lelaki di luar sana berhati-hati mengikut trend fesyen yang boleh membahayakan alat sulit lelaki.

“Zaman sekarang, fesyen atau stail hipster menjadi trend golongan lelaki muda. Saya sendiri pun tidak terlepas mengikut trend fesyen semasa.

“Iyalah, saya perlu mengikut trend semasa namun dalam masa yang sama, saya sendiri jarang memakai seluar ketat demi keselesaan dan kesihatan alat sulit.

“Namun dalam berfesyen, saya risau apabila terdapat sesetengah lelaki yang gemar memakai seluar ketat atau slim fit tidak sedar itu sebenarnya membahayakan alat sulit mereka,” katanya.

Menurut Zoey, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawabnya menyebarkan info atau ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.

“Walaupun saya bukan doktor, tetapi saya sering mengikuti perkongsian ilmu kesihatan daripada para doktor dalam acara kesihatan atau dalam media sosial.

“Memakai seluar ketat sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada alat sulit lelaki. Misalnya ia boleh meningkatkan suhu kawasan testis, merosakkan saraf dan salur darah, serta menyebabkan kerengsaan kulit dan jangkitan,” ujarnya.

ZOEY (kiri) dan Dr Afif sarankan lelaki elakkan seluar ketat yang menjadi punca sperma kurang subur

Sementara itu, menurut doktor perubatan dan penceramah kesihatan yang berpengalaman dalam penyakit tuan, Dr Afif Mohd Ridzwan, pelbagai risiko yang akan berlaku terhadap alat sulit lelaki yang suka memakai seluar ketat.

“Suhu badan kita adalah 37 darjah selsius. Manakala suhu testis pula memerlukan suhu hanya 35 darjah selsius.

“Kalau pakai seluar ketat sehingga menyebabkan testis rapat dengan badan, ia boleh menyebabkan suhunya sama dengan suhu tubuh. Itu bahaya.

“Risikonya air mani atau sperma lelaki jadi kurang subur dan boleh menyebabkan kemandulan. Bukan itu sahaja, pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh memberi tekanan pada saraf dan salur darah di zakar, yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang,” katanya menerusi akaun TikTok.

Menurut Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, mencegah adalah tindakan terbaik sebelum alat sulit bermasalah atau jadi penyakit.

“Nasihat saya, apabila hendak tidur tu, jangan pakai seluar ketat. Pakai kain sarung lebih bagus.

“Kalau nak pakai seluar dalam ketat di siang hari, boleh saja kerana ia hanya sementara. Jangan pakai lama. Barulah ada pengudaraan, peluh pun jadi kering. Jadi boleh cegah daripada sebarang penyakit.

“Tapi sebalik-baik pakailah seluar longgar atau boxer. Boxer ini banyak kebaikannya. Antaranya adalah pengudaraan cukup dan testis tidak ditekan. Salur darah pun berjalan lancar.

“Apabila kita sering menjaga kesihatan alat sulit kita, insya Allah dalaman pun sihat,” tambahnya lagi. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 2

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 12

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 13

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.