Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok kes buli’- Dr Afif
 Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok kes buli’- Dr Afif
Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok kes buli’- Dr Afif

by Deel Anjer 01/09/2025 7

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat dan netizen.

Dakwaan punca kematian adalah disebabkan insiden buli telah menimbulkan keresahan kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah berasrama.

Untuk itu, pelbagai cadangan telah dibangkitkan antaranya adalah mengembalikan penggunaan rotan kepada guru sebagai salah satu langkah disiplin.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, Dr Afif Mohd Ridzwan yang sering berhadapan dengan pesakit berkaitan buli berkata, penggunaan rotan adalah untuk menimbulkan rasa takut kepada pelajar.

“Kembalikan rotan ke tangan guru semula. Ia bukanlah bertujuan merotan semata-mata tetapi menakutkan atau menggerunkan para pelajar apabila buat salah.

“Saya sendiri pernah beri rotan kepada cikgu anak-anak saya di sekolah, agar mereka menggunakan rotan tersebut jika mereka tidak buat kerja sekolah atau mempunyai salah laku,” katanya menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Menurut beliau, selain merotan, pihak sekolah juga perlu menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar dari sudut psikologi.

“Selain itu saya cadangkan nama pembuli diumumkan di sekolah (seperti waktu perhimpunan). Ini secara tak langsung mempengaruhi psikologi pelajar hingga membuatkan mereka malu untuk membuli atau buat kesalahan lain.

“Ini tidak, segala masalah hanya dibawa ke bilik kaunseling untuk siasat dan sorok kesalahan pelajar.

“Bagi saya, siapa yang sudah terbukti buat salah di sekolah umumkan sahaja nama mereka. Dari segi psikologi boleh buat mereka berubah dan beri pengajaran kepada yang lain agar tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Dr Afif selaku Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah, Kelantan, berharap semua pihak memanfaatkan sistem aduan digital di sekolah yang mudah diakses termasuk melalui kod QR, untuk membolehkan ibu bapa atau pelajar membuat laporan.

“Sistem aduan ini memberi peluang kepada ibu bapa atau pelajar sendiri membuat aduan berkaitan kes buli atau masalah lain.

“Dalam sistem tersebut kita boleh tahu segala maklumat siapa yang mengadu dan apa isu yang ditimbulkan untuk disiasat.

“Apabila dapat tahu siapa yang membuli tu, tolonglah umumkan nama mereka dalam kalangan pelajar. Jangan sembunyikan kesalahan mereka. Umumkan.

“Sistem QR sebenarnya hanya untuk tutup siapa pengadu. Pelajar yang bersalah sahaja diumumkan namanya,” ujarnya.

Dr Afif juga berharap sistem warden di sekolah berasrama dapat diperbaiki dan diperbanyakkan CCTV (kamera litar tertutup).

Terdahulu, Dr Afif merasmikan program QR Code ‘Minda Sihat Tanpa Buli’ di SMKA Wataniah, Kelantan, baru-baru ini. – THE VOKAL

https://vt.tiktok.com/ZSAJwjaRy/

 

 

Share This:

Previous post

Deel Anjer

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 2

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

Selebriti

Gara-gara Makar Fest, Issey sanggup masuk penjara

by Deel Anjer 26/08/2025 39

TEATER memainkan peranan penting dalam mengingatkan masyarakat tentang jati diri dan memupuk semangat patriotisme

Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 429

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.