Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. ‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah Sebak Kehilangan Abang Yang Setia Menemani
 ‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah Sebak Kehilangan Abang Yang Setia Menemani
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah Sebak Kehilangan Abang Yang Setia Menemani

by thevokal 22/03/2026 75

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah abangnya, Amran Abu Hassan, yang selama ini sentiasa setia menghantarnya ke setiap persembahan.

Alyah tidak menyangka pertemuan mereka pada Jumaat lalu menjadi detik terakhir sebelum abangnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan di Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Alyah mengakui rasa ralat kerana kesibukan kerja menyebabkan mereka tidak berjumpa hampir setahun, sedangkan dia berharap Syawal kali ini menjadi ruang untuk mereka beraya dan bermaafan.

“Abanglah yang selalu hantar saya pergi ‘show’. Saya ingatkan raya ini kami dapat berjumpa, tapi sempat juga kami bermaafan sebelum dia ditidurkan,” katanya.

Allahyarham yang berusia lingkungan 50-an dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Jenazah telah dikebumikan selepas Zohor di Kampung Melayu Gelang Patah, Johor Bahru.

Alyah turut memohon orang ramai yang mengenali arwah agar mendoakan serta memaafkan segala kesilapan, selain meminta mana-mana pihak yang mempunyai urusan tertunggak tampil berhubung dengan keluarga. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 57

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 63

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.