Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Bakal Adakan Konsert #AZ40, Anuar Zain Hargai Sokongan Peminat Selama Empat Dekad Menyanyi
 Bakal Adakan Konsert #AZ40, Anuar Zain Hargai Sokongan Peminat Selama Empat Dekad Menyanyi
Santai Selebriti

Bakal Adakan Konsert #AZ40, Anuar Zain Hargai Sokongan Peminat Selama Empat Dekad Menyanyi

by VOKALIS 12/07/2023 282

PETALING JAYA – Datanglah berapa ramaipun bakat baharu, lelaki ini tetap utuh dan ampuh sebagai kesayangan peminat sehingga ke hari ini.

Anuar Zain memahat kukuh koordinat dirinya dalam industri hiburan dengan cara tersendiri dan sentiasa menyenangkan ramai pihak.

“Saya bersyukur kerana terus disayangi dan menerima sokongan sepanjang kerjaya seni saya sehingga ke hari ini.

“Semua ini rezeki Allah dan berkat doa keluarga serta peminat semua,” tuturnya hemah kala ditemui baru-baru ini.

Lebih manis, pelantun lagu Keabadian Cinta itu meraikan ulang tahun ke-49 tahun ini dengan satu lagi resume hebat iaitu Konsert Anuar Zain 40th Anniversary Concert #AZ40.

Konsert anjuran JioBuddy bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.

Bercerita lanjut, Anuar berkata dia bakal membawakan lebih 20 lagu yang pastinya rangkaian lagu popular dan kali pertama dipersembahkan.

Adik kepada diva Ziana Zain ini berkata, dia dan pasukannya mahu memberikan kelainan pada konsert kali ini dan enggan mengulangi apa yang pernah disajikan sebelum ini.

“Saya faham akan ada yang berharap saya nyanyikan lagu kegemaran mereka. Pastinya permintaan itu akan ditunaikan.

“Saya akan ada sesi nyanyi secara spontan menerusi lagu yang diminta pada malam konsert itu nanti,” katanya.

Wakil JioBuddy Sean Ng berkata, mereka berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seni penyanyi itu.

“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” katanya.

Sementara itu, Anuar turut berharap mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada 2013 untuk turut hadir bersama pada konsert #AZ40.

Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk edisi konsert kali ini.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Selebriti Semasa

Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau

by VOKALIS 01/11/2024 276

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal membawa kembali momen 40 tahun lalu ke pentas

Selebriti

Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid –

by VOKALIS 30/10/2024 238

Sentiasa meninggalkan momen dalam setiap persembahannya di pentas seperti Anugerah Juara Lagu, Ernie Zakri

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.