THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura
 Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura
Selebriti Semasa

Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura

by VOKALIS 01/11/2024 226

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal membawa kembali momen 40 tahun lalu ke pentas konsert ‘Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura’ pada 15 Februari tahun depan di Kuala Lumpur.

Jamal, 65, berkata, konsert itu bakal diadakan di Zepp di sini buat peminatnya untuk kembali mengimbau zaman kegemilangan era 1980-an iaitu Zack dan Azura.

“Saya teruja untuk menjayakan konsert ini diharap dapat sambutan mengalakkan dan menjadi kenangan hingga ke akhir hayat buat peminat yang hadir nanti.

“Daripada segi pemilihan lagu masih dalam perbincangan, ada cadangan saya dan juga pihak penganjur. Jumlah lagu kita anggarkan 16 buah dan akan dibahagikan kepada tiga segmen,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Konsert anjuran bersama Live Injection dan NJ Resources dengan menyasarkan lebih 1,700 orang menghadiri ‘Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura’.

Pada tahun 1984, Jamal pernah meraih populariti hebat dengan membawa watak sebagai Zack menerusi filem romantik bertajuk Azura yang dibintanginya bersama pelakon Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Lebih menarik, penyanyi suara emas itu berkongsi akan berganding bersama penyanyi, Wany Hasrita sebagai bintang undangan bagi menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan.

“Buat masa ini, Wany adalah artis undangan yang telah kita bincang bersama sebab ramai artis seperti Misha Omar dan lain-lain ada banyak komitmen mereka.

“Kenapa memilih Wany? Kerana dia seorang yang mudah bekerja dan pernah mengajar saya untuk lagu-lagu macam duet kami, maknanya dia memudahkan kerja sayalah,” jelasnya.

Katanya, peminat yang hadir boleh disarankan untuk bergaya dengan pakaian era 1980-an bagi menghidupkan suasana filem berkenaan menemui penonton pada tahun 1984.

Harga tiket yang ditawarkan bermula dari RM360 (CAT 04), RM380 (CAT 03), RM340 (CAT 02, RM395 (CAT 01) dab RM7,500 (VIP BOX khas untuk lapan orang).

Orang ramai yang ingin membeli tiket ‘Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura’ boleh melayari laman sesawang di www.live-ijection.com atau email hello@live-injecton.com. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Selebriti

Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid –

by VOKALIS 30/10/2024 198

Sentiasa meninggalkan momen dalam setiap persembahannya di pentas seperti Anugerah Juara Lagu, Ernie Zakri

Selebriti Semasa

Kena Tegur, Siapa Makan Cili…! – FYP

by VOKALIS 03/09/2024 168

Band dengan muzik yang sentiasa muncul dengan karya segar bersama elemen satira dan muzik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.